Khamis, 6 Jun 2013

bidang ketaksaan makna



Salam sejahtera. Izinkan saya mengulas tentang bidang ketaksaan makna dan saya akan cuba mengemukakan dengan beberapa pandangan tokoh serta ulasan/rumusan daripada pengkaji.

Melalui pembacaan, saya dapat menjelaskan ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna. Perkataan yang mengalami ketaksaan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan juga.
Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan 'Ketaksaan' bermaksud  kekaburan-makna dalam ayat dapat diatasi jika tanda baca digunakan dengan betul.

Menurut Hajar Abdul Rahim (1999:1124), ketaksaan  merujuk kepada lebih daripada satu makna. Dalam erti kata lain, ketaksaan juga bermaksud sebagai kata atau ayat yang bermakna ganda .

Abdullah Yusof et.al ( 2009 )menyatakan ketaksaan makna ialah kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya.
Ketaksaan makna mempunyai beberapa pecahan utama antaranya adalah:

Kurang ketentuan pada makna item :
•Contoh ayat adalah: Dia bergegas ke sekolahtaman.  Dapat dirumuskan bahawa pengertian makna tidak jelas dan ia dinyatakan secara umum.

Pertentangan pada penentuan makna item :
•Elemen ini menjelaskan makna yang diberi terlibat  dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berbeza.

Ketidakpastian makna:
•Elmen ini memaparkan makna item yang dirasakan kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa Inggeris.

Kekaburan rujukan :
•Elemen ini merupakan suatu konsep maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. Contohnya antara lalang dan resam yang mempunyai masalah ukuran penentuan saiznya.

Secara peribadi saya merumuskan bahawa taksa ialah ayat ayat yang tidak pasti maknanya. Maka wujud bidang yang mengkaji tentang kekaburan makna bagi kata, frasa atau ayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan