Khamis, 6 Jun 2013

Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran



Melalui pembacaaan, saya dapat catatkan bahawa pengajaran merupakan 

  •     aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tertentu.
  •     perlu ada guru, murid, rancangan mengajar, objektif pelajaran, tempat belajar, alat bantu mengajar serta strategi, kaedah dan teknik mengajar.


Antara ciri-ciri idea yang kreatif termasuklah baru, asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif.  Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Kreativiti dalam P&P dapat dilihat apabila murid


  •     gemar menyoal dan mencari jawapan, membuat hubung kait,
  •     menjangka peristiwa yang akan berlaku,  membuat spekulasi tentang kemungkinan,
  •     meneroka idea,  berfikir secara lateral, dan
  •     sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil


Menjayakan elemen kreatif terarah menerusi pelbagai strategi pembelajaran dapat merangsang pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Persediaan guru yang sempurna menjadi faktor utama menjayakan keseluruhan proses pendidikan di bilik darjah.

Dalam membangunkan kreativiti, terdapat beberapa strategi P&P yang sesuai diaplikasikan oleh guru. Antara strategi P&P yang boleh digunakan ialah:

    Konstruktivisme
    Inkuiri penemuan
    Pembelajaran berasaskan masalah
    Membuat keputusan
    Pembelajaran berasaskan projek

Muzik merupakan suatu mata pelajaran yang menyumbangkan penjana pengajaran kreatif.. Ini kerana


  •     kanak-kanak peka terhadap pic dan irama serta sensitif terhadap bunyi-bunyian di persekitaran.
  •     murid memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar.
  •     Muzik menekankan kemahiran pendengaran.
  •     memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi,  menari dengan pergerakan kreatif, mencipta lagu, irama dan seni kata lagu secara kreatif.
  •     membolehkan guru mengubah seni kata lagu mengikut kreativiti masing-masing mengikut irama yang digemari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan