Jumaat, 7 Jun 2013

Kanak-kanak kreatif adalah kanak-kanak pintar.



Salam sejahtera. Izinkan saya menyatakan rasa setuju saya dengan kenyataan bahawa kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pintar.

Sokongan terhadap ulasan saya yang pertama adalah berdasarkan  Teori Six Thinking Hats menjelaskan
emosi sangat penting dalam proses berfikir.

Teori ini menyatakan bahawa seseorang yang kreatif perlu pandai mengurus emosi.Mereka yang pandai mengawal emosi adalah mereka yang kreatif kerana sukar untuk kita mempelajari kemahiran ini.
Secara peribadi saya beranggapan bahawa kreativiti ialah ukuran keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru dengan menyumbangkan hasil yang baik kepada komunitinya.

Sementara Kamus Dewan (1993) pula menjelaskan maksud kreativiti sebagai kemampuan  (kebolehan) mencipta daya kreatif dan kekreatifan.Umumnya kanak-kanak memiliki sifat-sifat yang kreatif dalam jiwa masing-masing.Elemen yang membezaannya hanya lebih atau kurangnya sifat tersebut dari seseorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain.

Torrance (1970) menyatakan kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan. Menurut Schirmacher (1998), perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dikategori kepada dua, iaitu
  •   menerusi hasil penyertaan seni kebudayaan serta
  •   penglibatan aktiviti harian berdasarkan peringkat umur. 
Kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat. Mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan kurang mengikut idea orang lain. Mereka enggan dipimpin secara kongkongan tetapi dipimpin dalam bentuk sokongan. 
 

Izinkan saya menyatakan rasa setuju saya bahawa murid yang kreatif adalah murid yang pintar. Saya hujahkan pandangan saya dengan memfokuskan pandangan ahli fikir iaitu Taylor.
Taylor mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat, iaitu

  • (i) kreativiti bersifat ekspresif,
  • (ii) kreativiti bersifat penghasilan,
  • (iii) kreativiti bersifat Inovatif,
  • (iv) kreativiti bersifat inventif dan
  • (v) kreativiti bersifat emergen.,
Melalui pandangan ini dapat saya tintakan bahawa kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kebolehan kanak-kanak untuk

  • Mencerna maklumat dan dapatan ilmu,
  • mengimaginasi sesuatu fakta dan prediket,
  • menghasilkan idea yang berkesimbunagan
  • mempelbagaikan idea masing-masing dengan hasrat membawa perkembangan yang membina.             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan