Melalui pembacaan,
saya cuba
cacatakan bahawa pengertian leksikal juga merangkumi makna
asli sebuah kata yang belum mengalami afiksasi (proses penambahan imbuhan) ataupun
penggabungan dengan kata yang lain makna
leksikal lebih mudah diertikan sebagai makna kamus. Maksudnya makna yang sesuai dengan yang tertera di kamus.
Leksikograf
merupakan penyusunan kamus manakala leksikologi berhubung dengan kajian tentang makna dan
penggunaan perkataan.
Leksikon
pula ialah kamus, perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau sesuatu
bidang leksikal
boleh dirumuskan sebagai kata yang membawa makna dan maksudnya sendiri
tanpa bersandar kepada kata-kata atau ayat.
Maknanya terletak pada perkataan
itu sendiri walaupun diberi imbuhan setiap
pemerian makna dalam kamus akan melalui proses perkamusan yang
dipanggil leksikografi di mana pengkajian makna akan dibuat dari satu peringkat
ke satu peringkat.
setiap
perkataan yang disenaraikan akan melalui pelbagai saringan sebelum
penghasilan makna dibuat seperti yang tercatat pada kamus.
proses
leksikografi ini amat penting dalam pemerian makna yang tepat supaya boleh
dijadikan rujukan oleh semua pengguna kamus.
Menurut
Asmah, sesuatu memasukkan kata, perlu disertakan dengan terbitnya sekali
(1975:343) selain itu, beliau turut mencadangkan penyertaan ilustrasi makna dan
penggunaan dalam ayat bagi kata berkenaan, dan juga transkripsi fonemik atau
kaedah sebutan (1975:345).
Asmah berpendapat juga bahawa penggunaan kamus juga
ingin mendapatkan kaedah ejaan yang betul bagi suatu kata (1975:345) Peranan kamus sebagai prekripsi menerangkan
di mana konteks sepatutnya suatu kata digunakan.
Menurut
Zgusta,kamus merupakan buku yang mengandungi senarai item leksikel seperti
kata,frasa atau istilah tertentu yang lazimnya disusun mengikut abjad,memberi
keterangan sebutan, ejaan, etimologi, makna, bentuk penggunaan kata,
bahagian-bahagian pertuturan atau data-data tatabahasa.
Kebijaksanaan
ahli akedemik yang mendalami bidang perkamusan boleh membantu dunia perkamusan
Melayu ke arah yang lebih baik. Maklumat dan panduan kamus yang diberikan akan
mampu memberi panduan dan manfaat berguna kepada para pengguna khususnya
murid-murid yang menjadikan kamus sebagai bahan rujukan utama mereka.Pada
dasarnya,kamus ialah pemerian tentang penyebaran unit bahasa dari segi konteks
linguistik dan budaya,walaupun umumnya konteks budaya mempunyai pengaruh yang
besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan