Jumaat, 7 Jun 2013

Memupuk kreativiti di kalangan kanak-kanak.


Izinkan saya kupaskan beberapa keadah memupuk kreativiti di kalangan kanak-kanak.
Huraian saya akan saya fokuskan berdasarkan kajian Gardner (1993). Beliau menganggap bahawa:

  • semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif.
  • pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.
Melalui bacaan saya,  cadangan telah diulas oleh  Gardner (1999), yang menjelaskan bahawa kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut:

  • Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa dalam mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah apabila melalui aktiviti
  • Pihak tertentu wajar memberi peluang untuk kakan-kanak cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.
  •  Wujudkan suatu kekuatan dalam menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.
  • kanak-kanak wajar dilatih untuk membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.
  • Ibu bapa atau penjaga berusahalah dengan semampunya bagi menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti dalam keluarga.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan