Jumaat, 7 Jun 2013

Peranan warga pendidk dalam memupuk kreativiti di kalangan kanak-kanak.


Salam sejahtera. Terima kasih atas pandangan cikgu. Izinkan saya memurnikan ruang ini dengan hanya fokuskan peranan warga pendidik dalam memupuk unsur-unsur kreativiti di kalangan kanak-kanak.
Antara aktiviti dan  perancangan boleh dilaksanakan adalah:
i.     aktiviti Membentuk garisan- garisan.
ii.    aktiviti melakar bentuk atau rupa
iii.    membentuk
iv.    aktiviti jalinan
v.     aktiviti mewarna

Izinkan saya akan kupaskan aktiviti membentuk untuk diadaptasikan bersama. Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu.Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk

  •     konkrit dan
  •     bentuk ilusi.
Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi. Kejayaan mereka menghasilkan aktivit ini akan mengukuhkan lagi tahap kreativiti mereka.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan