Salam
sejahtera, Syabas dan saya setuju dengan pendapat para ilmuan, bahawa penilaian seni
dan kreativiti kanak-kanak perlu dilaksanakan merentasi bidang seperti
pendidikan, seni dan psikologi.
Melalui pembacaan, saya cuba
mengulas bahawa
- gabungan ketiga-tiga bidang peringkat pemahaman kanak-kanak lebih cepat kadar serapannya.
- kanak-kanak mempunyai daya kreativiti lebih tinggi peratusnya dibandingkan dengan orang dewasa.
- melalui pendekatan seni dan kreativiti menimbulkan minat pada setiap subjek yang ajar.
- sudut psikologinya akan menanam sikap kerjasama, menghargai alam, menghargai rakan, menghormati orang lebih tua dan rakan sebaya, keseronokan dan bersyukur dengan pemberian yang maha Esa.
- pendekatan ketiga-tiga bidang ini banyak terdapat dalam semua subjek.
- pengabungjalinkan ketiga-tiga bidang ini dengan objektif dapat memgembangkan minat pelajar dan kefahaman murid dengan berkesan.
- kita juga dapat menilai emosi kanak-kanak melalui hasil lukisan yang dibuat .
- kanak-kanak akan menggambar atau meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan yang digambarkan sama ada mereka bersedih atau gembira.
- melalui lukisan juga mereka dapat membina dan meningkatkan psikomotor.
- hasil seni kanak-kanak juga merupakan satu alat komunikasi dan refleksi pemikiran seseorang kanak-kanak di mana kita dapat memahami minda dan pemikiran kanak-kanak tersebut.
Penilaian jua boleh dilakukan sewaktu pengajaran dan pembelajaran dan ada hubungan dengan falsafah, matlamat dan objektif kurikulum seni dan kreativiti itu sendiri.Kini kebanyakan dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan kanak-kanak dan kreativiti dan pemikiran dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing secara global.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan