Melalui pembacaan, saya mencatat kembali bahawa menurut
Abdullah Yusof et.al, kontekstual adalah makna sebuah leksem atau kata yang
berada di dalam suatu konteks.
Contohnya, makna konteks dapat dihuraikan seperti kata
'kepala' pada ungkapan-ungkapan berikut:
• a. Rambut
di kepala datuk belum ada yang putih.
• b. Nombor
telefonnya ada pada kepala surat
itu.
• c. Kepala
lutut dan kepala air tidak sama bentuknya.
Chaer, dalam buku linguistik umum juga berpendapat bahawa
makna kontekstual adalah makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam
konteks. Makna konteks juga dapat berkenaan dengan situasinya iaitu tempat,
waktu, lingkungan, penggunaan leksem tersebut (1994:290).
Makna konteks boleh
juga berkenaan dengan situasinya, iaitu
•tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu.
•Contohnya,Ayat (Dua kali lima!"
) ini diujarkan mengikut intonasi yang berbeza pada keadaan, situasi dan
pendengar yang berbeza "
•mungkin ia membawa sindiran atau satu penghinaan kepada
beliau.
Kita perlu mengetahui dengan siapa kita sedang menutur selain
melihat konteks penggunaannya. Makna konteks ini boleh merujuk kepada
situasinya iaitu tempat, waktu, dan lingkungan penggunaan bahasa itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan