Khamis, 6 Jun 2013

Matlamat TMK merentas kurikulum



Izinkan saya murnikan ruang ini sebaiknya. Melalui pembacaan, saya dapat kupaskan bahawa maklumat dan komunikasi (TMK) adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.

Matlamat  Matlamat TMK merentas kurikulum adalah bagi memastikan

    murid-murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari,
    menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan
    menjana pemikiran kritis dan kreatif, berinovatif
    meningkatkan kualiti pembelajaran.

 Fokus TMK dalam merentas kurikulum digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran  di mana ianya diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran.

 Seterusnya, murid-murid juga menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran. Dengan ini, mereka dapat:

    Menggunakan alat TMK untuk menghasilkan kerja yang efektif dan kreatif; dan untuk menyelesaikan projek dan tugasan.
    Menggunakan TMK untuk mewujudkan kolaborasi dengan rakan sebaya, pakar dan orang lain untuk meningkatkan produktiviti.
    Menggunakan TMK untuk meningkatkan peluang pembelajaran ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

Secara umumnya dapat saya rumuskan bahawa Elemen Merentas Kurikulum(EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. EMK perlu disepadukan dalam semua disiplin ilmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan