Khamis, 6 Jun 2013

pandangan tokoh mengenai makna kontektual



Izinkan saya mencatatkan beberapa pandangan tokoh mengenai makna kontektual.
Menurut Leech (1974), dalam komunikasi, konteks merupakan satu faktor yang amat penting. Makna sesuatu ujaran atau tulisan sering disalah anggap kerana kurangnya maklumat kontekstual.

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra`in Shaari, (2009) menyatakan kontekstual adalah
•makna sebuah leksem atau kata yang berada dalam sesuatu konteks.
•Makna konteks juga boleh berkenaan dengan situasinya iaitu tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu.
•Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya.

Menurut  Sarwiji (2008:71) memaparkan bahawa makna kontekstual (contextual meaning; situational meaning) muncul sebagai akibat hubungan antara ujaran dan situasi pada waktu ujaran dipakai. Beliau juga berpendapat bahawa makna kontekstual adalah makna kata yang sesuai dengan konteksnya (2008:72).

 Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), makna kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks. 

Izinkan saya menghimpunkantkan bahawa kontektual bermaksud
•kaitan dengan atau menurut konteks.
•menjelaskan fungsinya,ia menunjukkan tentang bagaimana kita mendalami sesuatu makna kepada ayat atau golongan kata yang digunakan.
•Wujud jua makna yang berbeza tentang sesuatu ayat contohnya yang dapat dikupas dan dihalusi.
•dapat diertikan sebagai leksem /makna kata yang kejelasan maknanya dipengaruhi oleh situasi, tempat, waktu, lingkungan dan penggunaan kata tersebut.

Contoh ayat saya nyatakan bagi kupasan bersama yang menggunakan perkataan  “ kaki”.
a .Rumah Mak Mah terletak di kaki gunung.
•Maksud kaki : Bahagian yang di sebelah bawah gunung.
•Kaki lima kedai itu dipenuhi sampah.
•Maksud kaki : Tempat/lokasi
•Meja itu berukuran empat kaki.
•Maksud kaki : Ukuran .
•Kaki saya sakit kerana terjatuh semalam.
•Maksud kaki : Anggota badan.
•Penggunaan perkataan “kaki”memberi makna yang berbeza mengikut konteks ayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan