Khamis, 6 Jun 2013

pengajaran peribahasa



Salam sejahtera. Izinkan saya memurnikan ruang ini sebaiknya. wujud rasa kesedaran dalam diri saya sebagai seorang pendidik, wajar bagi saya memikirkan pendekatan yang lebih menarik supaya pengajaran peribahasa boleh ditingkatkan.

Melalui pembacaan, saya dapati peribahasa Melayu sebagai

  • segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama, oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya; dipakaiakan dia jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran
  • peranan peribahasa penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu.
  • peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran.
  • Pendekatan pengajaran peribahasa yang menarik adalah wajar atas kerana
  • memudahkan murid memahami maksud peribahasa dan mengamalkannya.
  • peribahasa adalah khazanah bahasa Melayu yang tinggi nilainya.
  • masyarakat Melayu sebenarnya terlalu menjaga budi bahasa dan adab sopan mereka.
  • menggunakan peribahasa untuk memberi teguran yang lembut dengan memelihara maruah seorang individu.

Nathesan (1989:69) berpendapat bahawa simpulan bahasa seharusnya diberi perhatian yang wajar dalam penulisan dan penuturan. Corak pengajaran simpulan bahasa bukan sekadar menghafal tetapi harus diajar untuk menikmati dan menggunakannya secara meluas dalam kehidupan harian mereka.

Rubiah Aksah (2005). Menurutnya peribahasa merupakan suatu kiasan atau bunga bahasa yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu . Justeru pengajaran peribahasa di semua peringkat sekolah perlu dipertingkatkan bagi mencapai maksud yang diharapkan. Martabat peribahasa perlu dikembalikan bukan sekadar mengindahkan karangan sahaja.

Pengajaran peribahasa di sekolah harus dilestarikan agar

  • peribahasa itu sendiri akan terus dimartabatkan.
  • melalui pengajaran peribahasa ini, murid-murid akan dididik secara tidak langsung untuk mempraktikkan sedikit demi sedikit budaya kehalusan budi dan nilai kesantunan yang tinggi dalam budaya Melayu.
  • memilih peribahasa yang mudah dan biasa digunakan dalam masyarakat dan mengetahui maksud dan pengertian serta penggunaan peribahasa yang diajar kepada murid.
  • penggunaan peribahasa di dalam karangan bertujuan untuk memperindahkan bahasa dan untukmenimbulkan daya tarikan atau kesan-kesan lain.
  • kemahiran berbahasa para murid akan dapat dipertingkatkan.
  • pengajaran peribahasa di sekolah perlu diberi penegasan kerana nilai-nilai murni
  • berfungsi untuk menyatukan ahli-ahli masyarakat
  • membentuk tamadun masyarakat yang unggul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan