Melalui pembacaan, saya dapati satu bahasa
negara menjadi alat bagi semua tujuan pembangunan negara bangsa. Peranan bahasa Melayu untuk keperluan dalam negara
sebagaimana yang ditakrifkan daripada kehendak undang-undang bermakna bahasa
Melayu menjadi
- bahaasa kebangsaan,
- bahasa rasmi,
- bahasa pengantar pendidikan,
- bahasa kesusasteraan, kesenian,
- kebudayaan, agama dan falsafah,
- bahasa ekonomi, perniagaan,
- perdagangan dan industri,
- bahasa ilmu tinggi, sains dan teknologi.
Bahasa Melayu mempunyai nilai sastera, budaya dan agama yang
tinggi. Semangat dan nilai yang terdapat dalam bahasa Melayu boleh menjadi pendorong
yang kuat kepada pengamalnya untuk menggerakkan perkembangan ilmu pengetahuan.
Bahasa dan sastera Melayu adalah menjadi pemangkin kegiatan ekonomi bangsa dan
negara.
Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina
insaniah dalam kehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina
‘modal insan’ yang diharap-harapkan oleh pemimpin negara.
Penglibatan mendalam orang bukan Melayu dalam sastera
kebangsaan kian meluas di peringkat antarabangsa, saya percaya bahawa sastera
Melayu bukan sahaja akan menjadi lebih gemilang, tetapi juga terbilang dan
seterusnya dapat memainkan peranannya dalam kegiatan ekonomi negara. Ini adalah
kerana bahan dan hasil karya yang dihasilkan dapat dipasarkan ke peringkat
antarabangsa dan sudah pasti pengusaha terbabit beroleh pendapatan yang lebih
lumayan. Ini menunjukkan bahawa bahasa dan sastera mampu memainkan
peranannya dalam kegiatan ekonomi.
Jika dahulu kebanyakan penulis menjadikan aktiviti menulis
sebagai aktiviti sampingan sahaja tetapi pada masa sekarang terdapat ramai
penulis yang dapat memberikan sepenuh masa kepada penulisan. Hal ini berbeza
dari satu dua dekad yang lalu apabila orang tidak boleh hidup dengan hasil
penulisan semata-mata dan mesti mempunyai pekerjaan tetap untuk menampung kehidupan
mereka.
Bahan pengajaran seperti modul, buku panduan, buku latihan juga boleh
dibuat. Ramai pendidik menulis buku untuk diterbitkan dan dijual di pasaran
sama ada buku-buku latihan,modul mahupun buku-buku panduan dan teknik menjawab
samada diterbitkan secara berkala atau secara maya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan