Jumaat, 7 Jun 2013

Aktiviti membantu kanak-kanak menjadi kreatif dan pintar.



Izinkan saya fokuskan rasa setuju saya bahawa kanak-kanak kreatif adalah lebih pintar. Saya akan fokuskan hujah saya bedasarkan beberapa teori dan analisa ahli falsafah.
Melalui bacaan saya, Teori Lowenfeld Stages of Aritistics Development dan Teori Perkembangan Kreativiti  Fisher (1943) telah menjelaskan bahawa terdapat lima tahap dalam pemikiran kreatif, iaitu
(i) peringkat rangsangan,
(ii) peringkat penerokaan,
(iii) peringkat perancangan,
(iv) peringkat aktiviti dan
(v) peringkat imaginasi.

Jika dikaitkan dengan aktiviti cuba jaya yang dilaksanakan dalam proses harian saya dapati aktiviti seni, budaya, kemahiran tangan dan reka cipta dapat membantu kanak-kanak untuk

  • mereka cipta sesuatu dengan menggunakan idea masing-masing.
  • bermula dengan berimaginasi,
  • mengeluarkan idea secara lisan, contengan, lakaran dan lukisan,
  • menerokai maklumat yang diimpikan,
  • mendapat keputusan adn hasil maujud daripada proses seni yang dilaksanakan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan