Rabu, 5 Jun 2013

Perkembangan Artistik Kanak-kanak.





ISI KANDUNGAN

CATATAN

1.0
TUGASAN 2 (a)
Abstrak

2.0
Perkembangan Artistik Kanak-kanak

3.0

4.0
5.0



Kepentingan perkembangan Artistik Kanak-kanak.
Faktor yang mempengaruhi perkembangan artistik kanak-kanak.
5.0 Teori –teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak.
5.1 .Teori Perkembangan Artistik oleh Viktor Lowenfeld.
5.2 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurtwitz dan Day.


1.0 hingga 10

TUGASAN 2 (b)
Analisa perkembangan artistik kanak-kanak.





Kesimpulan


Rujukan





TUGASAN INDIVIDU 2(a).
1.0       ABSTRAK.
1.1       Menurut Kamus Dewan Edisi, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Tuhan.
1.2       Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Seni dalam Pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak - kanak dengan peningkatan daya persepsi, kreativiti dan estetika.
1.3       Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dangan adanya pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif serta jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni lukis (seni visual), seni muzik dan seni pergerakan dapat membantu pembentukan insan yang lebih bersifat menyeluruh dan holistik.
Seni sebagai suatu bentuk ekspresi seniman memiliki sifat-sifat kreatif, emosional, individual, abadi dan universal.
1.4       Menurut Muliyadi Mahamood: “Seni lahir dalam masyarakat, dihasilkan oleh mayarakat dan dihayati oleh masyarakat juga” (Dipetik daripada : Katalog Ilham. (2001), ms:11) Hal ini menjelaskan hubungan seni dengan sejarah ketamadunan manusia merupakan suatu yang sukar untuk dipisahkan meskipun di dalam era pasca moden. Ini kerana sejarah seni bergerak seiring dengan arus perkembangan tamadun manusia.
1.5       Kebiasaannya bagi seorang dewasa, sebuah lukisan sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan namun bagi seorang kanak-kanak ianya adalah luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975 ).
1.6       Seni lukis didesfinasikan sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar di ketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, perasaan, emosi serta kepercayaan di dalam bentuk yang paling efektif. Seni lukis merupakan satu cabang dari seni rupa. Seni lukis adalah sebuah perkembangan yang lebih kukuh daripada menggambar. Melukis merupakan seni di mana kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu. Medium lukisan boleh berbentuk apa saja, seperti kanvas, kertas dan papan. Film di dalam fotografi juga boleh dianggap sebagai media lukisan. Pelbagai jenis alat digunakan dengan boleh memberikan imej tertentu kepada media yang digunakan.

2.0       PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK.
2.1      Seni lukis melibatkan skema dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni kanak-kanak, guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak dalam bahasa tampaknya.
2.2       Disebabkan setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza, maka pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut tahapnya sendiri. Selain daripada itu, pembelajaran kanak-kanak juga berlaku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan peniruan dari apa yang mereka lihat dan dengar. Kanak-kanak lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara yang menarik perhatian mereka.
2.3       Kajian mengenai perkembangan artistik banyak dijalankan bagi melihat pertumbuhan pemikiran kanak-kanak semenjak dari kurun ke 19 lagi.Menurut Light dan Barnes (2003), kajian terawal mengenai perkembangan artistic kanak-kanak yang pernah direkodkan adalah pada tahun 1887. Corrado Ricci yang berbangsa Itali telah menghasilkan tulisannya di dalam buku yang bertajuk
“ The Art of Little Garden “yang mana mengkaji beberapa lukisan kanak-kanak.
2.4       Kanak-kanak suka mengambarkan diri mereka sebagai ibu bapa, guru-guru dan sebagainya.  Mereka suka menggunakan daya imaginasi mereka. Mereka mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang di hasilkan oleh orang dewasa. Karya kanak-kanak bersifat peribadi, luahan dan ekspresif. Ini kerana lukisan merupakan alat komunikasi awalsebelum mereka berupaya untuk bertutur. Aktiviti lukisan dapat meluahkan perasaan danemosi selain dapat membina kekuatan otot kanak-kanak. Menurut Lowenfeld, pengetahuan sedia adakanak-kanak boleh dikaitkan dengan tahapperkembangan kanak-kanak.
2.5       Menurut Lowenfeld lagi lukisan kanak-kanakterbahagi kepada 6 iaitu
a. Contengan ( 2-4 Tahun )
b. Praskematik ( 4-7 Tahun )
c. Skematik ( 7-9 Tahun )
d. Realism ( 9-12 Tahun )
e. Penaaakulan ( 12-14 Tahun )
f. Remaja ( 14-17 Tahun)
2.6       CONTENGAN ( 2-4 TAHUN). Elemen ini terbahagi kepada 3 iaitu contengan tanpa kawalan, contengan terkawal, contengan bermakna. Kanak-kanak menconteng menggunakan apa saja bahan atau alat pada sebarangpermukaan. Lukisan tidak menggambarkan imej dancara memegang alat mengikut keupayaan.
2.7       PRA-SKEMATIK ( 4-7 TAHUN ). Elemen ini mengambarkan kanak-kanak melukis bentuk yang terdapat dipersekitaran. Imej manusia digambarkan dengan rupa asas. Kanak-kanak cuba membuat penyataan sendiri.
2.8       SKEMATIK ( 7-9 TAHUN ). Lukisan banyak menggunakan simbol tetapisifatnya tidak kekal dan berubah mengikut tahap perkembangan. Lebih kepada lukisan manusia dan objek yangmenarik perhatian mereka. Lukisan banyak menggunakan bentukgeometri. Ruang digambarkan melalui 1 garisan dasar satah.
2.9       REALISM ( 9-12 TAHUN ). Lukisan mereka menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina bagi manusia. Objek dilukis berdasarkan kesedaran tampak dan bukan melalui pengamatan mereka. Kefahaman ruang digambarkan kesan tindih-tindih objek. Objek tertumpu di bahagian bawah iaitu tanah. Lukisan figura dilukis secara naturastik.
2.10     PENAAKULAN ( 12-14 TAHUN ). Menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar. Peringkat peralihan zaman kanak-kanak kepada remaja. Lukisan di olah lebih natural serta memahamikonsep ruang. Mengubahsuai gambar orang dan haiwan kedalam bentuk kartun.
2.11     Tahap perkembangan kanak-kanak sentiasa terkawal dan mereka tidak pandai menipu walaupun dalam karya seni. Kanak-kanak sentiasa belajar melalui pengalaman yang berlaku di persekitaran mereka. Artistik adalah jambatan yang menghubungkan kanak-kanak dengan masyarakat dan persekitarannya.
2.12     Pada tahun 1910 pula kajian kanak-kanak ini diteruskan oleh Clara dan William Stern di Jerman yang telah menerbitkan kajian mengenai lukisan yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak lelaki daripada umur 4 hingga 7 tahun.
 2.13    Perkembangan artistik Georges-Henri Luquet (2001), Al Hurwitz dan Michael Day (1995), Viktor Lowenfeld (1947) dan Betty Edwards (1989) memperjelaskan tahap-tahap perkembangan artistik kanak-kanak. Tahap-tahap ini secara umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat contengan (scribbling).
 2.14    Perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) dibahagikan kepada tiga tahap iaitu
a. tahap pertama untuk kanak-kanak dua hingga empat tahun iaitu tahap manipulatif atau zaman awal kanak-kanak.
b. Tahap kedua untuk kanak-kanak enam hingga sembilan tahun iaitu tahap membuat simbol.
c. Tahap ketiga untuk kanak-kanak sepuluh hingga tiga belas tahun iaitu tahap pra remaja.
2.15     Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day dari tahap satu hingga permulaan tahap dua.
2.16     Terdapat jua perkembangan skema kanak-kanak merangkumi peringkat manipulatif,  peringkat membuat simbol, dan peringkat praremaja.
2.17     Peringkat manipulatif. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan mereka tidak realistic, banyak menggunakan garisan. Garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Pada peringkat ini, aktiviti melukis lebih kepada mendapat kepuasan dan keseronokan melukis atau memegang peralatan melukis. adalah mengikut gaya dan cara yang mereka sukai.
2.18     Peringkat membuat simbol. Kanak-kanak yang berumur antara enam tahun hingga sembilan tahun mengalami peringkat membuat simbol. Mereka boleh menghasilkan simbol kerana kawalan tangan mereka mula seimbang. Didapati kanak-kanak pada peringkat ini mudah dipengaruhi persekitaran. Apabila kanak-kanak semakin membesar, mereka mula membuat perkaitan antara imej dan idea. Biasanya ia suka melukis objek-objek yang hampir dengan diri atau pengalaman mereka Lukisan mereka kini lebih memberi makna terhadap bentuk yang dilukis dan bentuk ini beransur-ansur menjadi simbol bagi mewakilkan objek sebenar. Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan hasil kerja yang lebih menyeluruh seperti gambaran manusia telah dapat dilukis dengan lengkap termasuk kaki, tangan, hidung, gigi. Mereka juga mula menggunakan kreativiti untuk memasukkan elemen pakaian dan rambut pula biasanya dilukis dengan beberapa siri garisan. Imej juga biasanya dilukis lebih besar seperti orang lebih besar daripada latar belakang. Penyesuaian warna juga pada peringkat ini seperti langit warna biru dan pokok  warna hijau. 
2.19     Peringkat praremaja. Peringkat praremaja bagi kanak-kanak yang berumur antara 10 tahun hingga 13 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak cuba melukis figura dengan saiz yang betul dimana lukisannya lebih rasional dengan pilihan warna yang lebih tepat dengan adanya bayang-bayang pada lukisan.
2.20     Gardner (1980) mencadangkan agar orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan kerana kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan mereka. Kanak-kanak pada peringkat awalnya suka menconteng bagi meluah perasaan secara spontan.
2.21     Seterusnya, kanak-kanak mula melakar dan mampu melukis secara lebih sistematik dan kemudian mendapatkan kesan ton, jalinan, pencahayaan, ruang, perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering atau bukan warna basah.  Melalui latihan dan bimbingan, umumnya kanak-kanak pasti dapat melukis dengan baik..
2.22     Perkembangan artisrik kepada Kanak-kanak Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja artistik yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak- kanak.
3.0       KEPENTINGAN PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK.
3.1       Kepentingan artistik  kepada kanak-kanak mampu diterjemahkan kepada elemen Kognitif,  elemen Fizikal, elemen Kreativiti, elemen  Persepsi serta elemen Sosial dan Emosi.
3.2       Aspek Kognitif.
3.2.1    Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada daripada segi gaya mahu pun kandungan. Aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
3.2.2    Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh dilihat melalui contengan yang mereka lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan terkawal.
3.2.3    Contengan tidak terkawal yang dihasilkan secara spontan, sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang permukaan. Contengan terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan tangan lebih terkawal, boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih bervariasi dengan menunjukkan minat.
3.3       Aspek Fizikal.
3.3.1    Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas.
3.3.2    Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka kerana  lukisan artistik mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. 
3.3.4    Kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang mereka lihat. 
3.4       Aspek Sosial dan Emosi.
3.4.1    Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat meningkatkan keyakinan diri. Proses penyertaan ini mewujudkan kerjasama antara kumpulan yang dibentuk.
3.4.2    Emosi kanak-kanak juga ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak- kanak melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau individu yang mereka sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak- kanak diperelokkan melalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi kepada lukisan mereka.
3.4.3    Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh dipisahkan secara entiti. Kurikulum kanak-kanak adalah saling berkaitan. Walaupun pemisahan kurikulum ini bagus secara analisis, tetapi kanak-kanak adalah holistik dan pembelajarannya juga secara holistik. Kanak-kanak yang menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosial.

4.0       FAKTOR YANG MMPENGARUHI PRKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK.
4.1       FAKTOR PERSEKITARAN. Tempat tinggal atau tempat asal kanak-kanak.Pada peringkat ini kanak-kanak banyakmempelajari sesuatu perkara berdasarkan alamsekeliling.
4.2       FAKTOR KEPERLUAN DAN PENGALAMAN. Sebarang keinginan yang di idamkan akan diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan. Lukisan dihasilkan daripada pengalamanyang telah dilalui oleh kanak-kanak.
4.3       FAKTOR SOSIAL. hubungan antara keluarga, kawan-kawan danmasyarakat. ( di panggil komuniti ). Lukisan kanak-kanak dipengaruhi gaya danciri-ciri komuniti tersebut.
4.4       FAKTOR IMAGINASI. Sesuatu idea yang melangkaui batas norma fizikal. Perasaan atau khayalan kanak-kanak pada tahaptinggi. Kanak-kanak gemar berimaginasi kerana banyak terpengaruh oleh media masa dan televisyen.
4.5       FAKTOR LATAR BELAKANG AGAMADAN BANGSA. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak India, Melayu dan cina biasanya adalah berbeza. Kebanyakan lukisan yang dihasilkan daripada pemerhatian kanak-kanak daripadaperayaan yang mereka sambut. Lukisan kanak-kanak juga mengikut ciri-ciri budaya masing-masing.

5.0       TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK.
5.1       TEORI VIKTOR LOWENFELD (1947)
5.1.1    Lowenfeld menjelaskan bahawa perkembangan artistic kanak-kanak dan hubungannya secara langsung terhadap perkembangan mental boleh dilihat dari klasifikasi tahap yang berikut.
A.        Peringkat Contengan ( Scribbling : 2- 4 tahun ) terlihat akan kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Contengan yang dibuat oleh kanak-kanak pada tahap ini mempamerkan kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan mata.
B.        Peringkat Pre schematic ( 4- 7 tahun ) pula memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan.
C.        Peringkat Schematic ( 7- 9 tahun ) memaparkan kanak-kanak cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.
D.        Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9 – 12 tahun ) mempamerkan perilaku kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri.
E.         Peringkat Pseudo – naturalistic / Reasonin ( 12- 14  tahun) memperlihatkan bahawa kanak-kanak menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi.
F.         Peringkat Period if Decision / Adolescent Art In High School ( 14- 17 tahun) merupakan peringkat terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek yang juga memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.
5.1.2    Menurut Lowefeld (1947 ) bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta , gambar-gambar dan peralatan –peralatan sains.ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani.
5.1.3    Semakin kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak membantu perkembangan minda yang menyeluruh.
5.1.4    Lowenfeld menyatakan bahawa dalam bidang seni halus, pengetahuan teknik-teknik halus serta serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis. Pengetahuan lebih mendalam dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistic mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif.
5.1.5    Oleh itu, keupayaan kognitif boleh ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterprestasikan hasil atau karya.
5.1.6    Lowenfeld ( 1975 ) percaya bahawa setiap kanak-kanak kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu teori-teori yang disampaikan oleh Lowenfeld d

5.2       TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURTWITZ DAN DAY.
5.2.1    Kreativiti artistik adalah diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain. Suatu ketika dahulu, anak- anak sering diberikan pendedahan yang sama dalam menghasilkan sesuatu produk yang ketika itu lebih mengutamakan fungsinya.
5.2.2    Setiap kanak-kanak belajar daripada persekitaran dan pengalaman yang hampir dengan mereka, sama ada mereka tinggal di kawasan bandar, pinggir bandar mahupun kawasan pendalaman.
5.2.3    Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan bahawa peringkat perkembangan artis kanak-kanak kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai :
a. Peringkat manipulatif
b. Peringkat membuat simbol
c.  Peringkat pra – remaja
5.2.4    Peringkat manipulatif (2- 4 tahun) menterjemahkan bahawa kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda. Anggaran umur adalah di antara dua hingga lima tahun. Lukisan yang biasa dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dengan menggunakan pelbagai bahan seperti krayon. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistic dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media.  Secara umumnya, terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulative ini iaitu:
a. Contengan garisan tidak  terkawal, yang berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang.
b. Contengan garisan terkawal, pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama.
c. Contengan rupa terkawal, memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka.
d. Contengan rupa, mempamerkan kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan . Pada Peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokkan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis.
5.2.5    Peringkat membuat simbol ( 6 – 9 tahun ) memperlihatkan situasi kanak-kanak terpengaruh dengan keadaan sekeliling mereka.
5.2.6    Peringkat pra- remaja ( 10 – 13 tahun ) mempamerkan kanak-kanak melukis lukisan figura dalam saiz yang sebenar atau saiz yang betul.

Kanak-kanak yang normal sering belajar daripada pengalaman mengenai kehidupan dalam masyarakatnya.¢ Apabila mereka tinggal dalam suasana yang aman dan damai, mereka berkarya dengan emosi yang tenang tanpa pemberontakan dalam diri.¢ Begitu juga apabila mereka tinggal di tempat yang berlakunya peperangan ataupun adanya ancaman, maka kanak-kanak itu berkarya mengenai darah, kematian, senapang dan kesengsaraan hidup. ¢ HAFIDZ BIN ARIFFI


TUGASAN INDIVIDU 2. BERDASARKAN SETIAP LUKISAN, ANALISIS TENTANG PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK.
1.0       LUKISAN PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK BERUSIA 3 TAHUN
1.1       Hasil artistik yang terhasil adalah di peringkat Scribbling ( contengan) iaitu contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu.
1.2       Hasil artistik mengambarkan kanak-kanak masih belum  mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Hasil artistik ini umumnya terlihat di dinding  dengan pengunaan pelbagai jenis bahan.
1.3       Penghasilan lukisan juga tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan garisan dan secara berulang. Hasil artistik umumnya berdasarkan eksperimentasi menggunakan bahan.

2.0       LUKISAN PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK BERUSIA 4 TAHUN.
2.1       Hasil artistik merupakan suatu elemen contengan terkawal yang juga mengambarkan bahawa penghasilan lukisan pada usia ini tidak bersifat realistik.
2.2       Terdapat banyak lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej yang menyatakan kanak-kanak di usia ini  gemar mencuba dan berekperimentasi dengan pelbagai garisan .
2.3       Proses menconteng dilakukan secara rawak dan tidak terkawal.

3.0       LUKISAN PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK BERUSIA 5 TAHUN.
3.1       Hasil artistik ini dianalisa berada di peringkat contengan terkawal kerana  memperlihatkan kebolehan dalam melukis bentuk rupa sesuatu yang dilukiskan.
3.2       Hasil ini merujuk peringkat Preschematic (4 – 7 tahun ) yang memaparkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan melukis objek yang terdapat disekelilingnya.

4.0       LUKISAN PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK BERUSIA 6 TAHUN.       
4.1       Hasil aritstik ini dianalisa di peringkat menghasilkan simbol yang memyatakan wujudnya simbol-simbol objek.
4.2       Kanak-kanak ini diandaikan telah mula memperlihatkan kebolehan dalam membentuk lukisan dan sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.
4.3       Kanak-kanak juga menunjukkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek di sekeliling kerana mereka melalui frasa peringkat Preschematic.

5.0 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK BERUSIA 7 TAHUN .
5.1       Hasil artistik dianalisa di peringkat Preschematic (4-7 tahun ) kerana memperlihatkan kebolehan dalam melukis objek.
5.2       Wujud suatu peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.
5.3       Imej yang dilukis mewakil simbol tertentu. Imej yang dihasilkan mudah dikenal pasti kerana kanak-kanak telah mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.




6.0       PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK BERUSIA  TAHUN.
6.1       Hasil artistik ini menimbulkan pernyataan bahawa kanak-kanak kurang cenderung dalam menghasilkan imej objek berbanding pada peringkat awal.
6.2       Hasil artistik mula dilukis mengikut skema atau konsep tertentu dengan memberikan tumpuan kepada penyusunan objek dalam imej.
6.3       Hasil artistik juga adalah spontan, bebas dan berskala besar.

7.0 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK BERUSIA 9 TAHUN.
7.1       Hasil artistik ini dianalisa berada di peringkat Schematic ( 7 – 9 tahun ) di mana kanak-kanak kurang cenderung melukis imej objek berbanding pada peringkat awal.
7,2       Terlihat juga imej yang dilukis juga adalah terdiri daripada berbagai saiz dengan  mengikut skema atau konsep tertentu.
7.3       Hasil karya terbentuk secara spontan, bebas dan berskala besar dan mula menggambarkan seseorang yang penting di dalam kehidupan digambarkan dengan saiz yang lebih besar.

8.0       PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK BERUSIA 10 TAHUN.
8.1       Hasil artistik ini dianalisa berada pada permulaan peringkat pertama simbolisma, iaitu penggunaan warna terhadap imej tidak begitu fokus dan tidak kemas.
8.2       Pada peringkat Dawning Realism( 9-12 tahun ) memperlihatkan wujudnya konsep dan skema tertentu dengan imej yang dilukis adalah secara realistik dan teliti.

9.0       PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK BERUSIA 11 TAHUN.
9.1       Hasil artistik berada di peringkat pra remaja keran memperlihatkan kanak-kanak mula menyedari kewujudan dirinya dalam komuniti, material keperluan kehidupan, alam dan jantina.
9.2       Imej mengambarkan kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Penggunaan warna membolehkan objek dapat dilihat dengan jelas dengan saiz yang sesuai.

10.       PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK BERUMUR 12 TAHUN.
10.1     Hasil artistik dianalisa berada di peringkat Rasional ( Pseudonaturalistic atau Reasoning : 12 – 14 tahun ) yang menyatakan bahawa wujudnya kesedaran tentang kedudukan dan saiz figura yang betul.
10.2     Konsep realistik terhasil dan tumpuan konsep akan kedudukan dan saiz rasional imej telah terbina. Konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imej wujud di kalangan kanak-kanak di peringkat ini kerana mereka mengenal pasti rupa dan melukis rupa dengan hasil yang agak baik.

KESIMPULAN
Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang dibuat berdasarkan lukisan yang dilukis mengikut umur kanak-kanak . Penghasilan karya dapat dihubungkan dengan disiplin seni halus, perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran.
Berdasarkan kajian ini juga dapat dilihat kepentingan melukis di kalangan kanak-kanak yang boleh dijadikan terapi bagi meluahkan luahan emosi dan seterusnya membantu perkembangan konsep diri.
Teori-teori oleh tokoh- tokoh seni visual seperti Victor Lowenfeld dan  Hurtwitz dan Day. Lukisan juga adalah dianggap sebagai medium untuk berkomunikasi dan melahirkan idea dan perasaan. Bagi kanak-kanak, pendedahan awal dapat mengembangkan daya kreativiti dengan meningkatkan daya ekspresi, intuisi,imaginasi dan konsepsi mereka.
RUJUKAN
Ibrahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.
Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Abdul Shukor Hashim et.al (2011 ) Perkembangan Seni kanak-kanak, Selangor, Meteor Sdn Bhd.
http:// www.sabah.edu.my/itma128/ Kreativiti& Estetika .html
Perkembangan Seni Kanak-kanak ( HBAE 1203) – Open University Malaysia
Mohd.Azhar.Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep Teori dan Praktiks. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan