Rabu, 5 Jun 2013

a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui Model Perubatan dan Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti. c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti




 
a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti
b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui Model Perubatan dan Model Sosial terhadap  kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti.
c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak  masalah kurang tumpuan hiperaktiviti 


BIL
PERKARA
CATATAN
1a
1.0
TUGASAN 1 A.
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

2.0
PENGERTIAN ADHA

3.0
CIRI-CIRI  KANAK-KANAK ADHD

4.0
PENYEBAB ADHD

1b
1.0
TUGASAN 1 B
ABSTRAK

2.0
INTERVERVENSI AWAL  MELALUI MODEL SOSIAL DAN MODEL PERUBATAN.

1c
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KESIMPULAN


BIBLIOGRAFI



TUGASAN 1
a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan
hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ ADHD)

1.0       SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG.
1.1       Kanak-kanak istimewa sering dikaitkan dengan ketakupayaan pembelajaran. Sebenarnya, ketakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas, atau tahap kecerdasan yang rendah. Ini juga bukanlah berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi, dan pengaruh persekitaran. Ketakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak ini, yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Terdapat beberapa bentuk ketakupayaan pembelajaran iaitu;
· Disleksia- ini adalah ketakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar membaca, menulis, dan mengeja dalam cara yang biasa.
· ADHD(Attention Deficit and Hyperactivity Disorder)- ini adalah satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokus kepada sesuatu benda. Misalnya, seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas, dan bijak tetapi dia tidak dapat menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri.
· Dispraksia- ini satu ketakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan anggota tubuh.
· Diskalkulia- satu jenis ketakupayaan pembelajaran yang melibatkan matematik, apabila kanak-kanak itu mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walau berkali-kali diajar dengan cara yang paling mudah, namun di tetap sukar memahaminya.
· Autisme- ini pula merujuk kepada ketakupayaan kanak-kanak mengalami dunia persekitarannya, sebagaimana yang dialami oleh rakan-rakannya yang normal. Mereka sukar bercakap dan berbual-bual, sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk berkomunikasi. Mereka juga bertindak balas dalam cara yang berbeza. Bunyi yang indah mungkin membingitkan telinga mereka. Sentuhan dan belaian yang manja mungkin menjadi sesuatu yang tidak disenangi. Mereka juga tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin mengulang-ulang perkataan-perkataan tertentu, panas baran, dan bertindak balas secara luar biasa.
1.2       Masalah kurang tumpuan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD)
adalah merupakan salah satu daripada ketidakupayaan dalam pembelajaran. Kanak-kanak
ini seringkali dianggap sebagai murid yang mudah terangsang, lasak, tidak mendengar
cakap dan hiperaktif oleh ibu bapa mereka dan juga guru. Istilah ADHD ini ialah istilah
diagnostik huraian semasa dalam edisi semakan ketiga American Psychiatric
Association’s Diagnostic and Statistical Manual (1987).
1.3       Bidang perubatan menggunakan istilah kurang tumpuan hiperaktif atau gangguan
hiperaktif untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada  murid-murid
yang mengalami ADHD ini. Ini adalah kerana:
l Gangguan ADHD ini merupakan masalah gangguan neurobiologi.
l Penghidap ADHD mempunyai fungsi otak yang mengawal aktiviti berbeza daripada normal.
l Ini membuatkan mereka sering berkelakuan pelik dan kelam kabut.
l Masalah ADHD ini lebih kerap didiagnosis pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan iaitu tiga kali ganda lebih banyak.
l Kanak-kanak ADHD dikategorikan sebagai gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu kerja atau tugas.
l Mereka boleh memahami dan berfikir tetapi sering kali tidak mengendahkannya.

2.0       PENGERTIAN ATTRNTION DEFICIT HYPERACTIVITY(ADHD)
2.1       ADHD merupakan situasi yang diistilahkan sebagai kesukaran memusatkan perhatian,
mempunyai masalah kecil di otak, kerosakan kecil pada otak, terlalu banyak bergerak
atau aktif dan hiperaktif. Mereka juga kurang memberikan tumpuan. Ini adalah kerana mereka mudah merasa bosan dan gelisah sekiranya berada dalam keadaan senyap atau tidak melakukan sebarang aktiviti. Tiada punca utama ditemui berkaitan ADHD walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya ADHD. ADHD ini perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia akan membawa kepada beberapa masalah sampingan lainnya.
2.2       Menurut American Psichiatric Association (APA) 1994, ADHD adalah “tingkah laku
hiperaktif dan kurang tumpuan yang berlaku secara berulang-ulang atau berterusan.
Tingkah laku ini berlaku dengan sangat kerap dan dilihat sangat berbeza daripada
manusia biasa.”
2.3       Dr Nor Hamidah Mohd Salleh mengistilahkan bahawa  ADHD sebagai masalah tidak
normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak bersikap terlampau aktif sejak lahir
lagi. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak sebegini mudah terganggu dengan bunyi-bunyian
dan benda-benda di sekeliling mereka. Mereka tidak boleh memberi tumpuan untuk tempoh jangka panjang.
2.4       Menurut Paul Cooper dan Katherine(2002:2), mengatakan ADHD adalah istilah perubatan yang digunakan kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah dari segi
tingkah laku dan kognitif dalam aspek penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan hubungan peribadi di sekolah dan tempat kerja. Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian.
2.5       Menurut Azizi Yahaya et al. (2006), gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti keadaan hioeraktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat yang normal.

3.0       CIRI-CIRI ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER/ ADHD
3.1       Namun begitu, kanak-kanak yang mengalami masalah ADHD boleh dikenal pasti dengan
jelas berdasarkan ciri-ciri tertentu dalam aspek kognitif dan pencapaian akademik, sosial,
emosi dan tingkah laku. Ciri-ciri tersebut dapat dikesan sama ada di rumah mahupun di
sekolah.
3.2       William Cruickshank (1986) menyatakan ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada
dua iaitu Sensory Hyperactive (pancaindera) dan Motor Hiperaktif (motor kasar dan
motor halus)
3.3 Penilaian Kognitif dan Pencapaian Akademik kanak-kanak ADHD dapat diukur melalui pendapat beberapa pernyataan daripada pengkaji ADHD iaitu Hornsby (1995). Menurut Hornsby kanak-kanak ini
l Fikiran mereka akan sentiasa memikirkan perkara lain.
l Mereka juga cenderung untuk tidak diatur serta mudah menjadi pelupa.
l Kerja yang dihasilkan mereka menjadi tidak sempurna dan tidak berkualiti.
l Tidak dapat menumpukan perhatian kepada perkara yang diajar di dalam kelas.
l Kanak-kanak ini mengalami masalah untuk belajar dalam jangka masa panjang.
l Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD lemah dalam pencapaian akademik.
l Ini adalah berkaitan dengan kesukaran dan ketidakmampuan mereka untuk memberikan
l tumpuan dan mereka hanya meluangkan sedikit masa sahaja untuk terlibat sama dalam kumpulan akademik berbanding rakan kelas mereka yang tidak menghidapi ADHD
l Perkembangan kanak-kanak ini mungkin terbantut misalnya perkembangan bahasa.
l Mereka akan mengalami masalah bahasa dan pertuturan lantaran sikap mereka yang
l sentiasa aktif, berkhayal, suka bermain dan sebagainya.
l Masalah ini akan menyebabkan mereka tidak dapat berbahasa dengan baik.

3.4       Penilaian tingkah laku kana-kanak ADHD. Elemen ini mampu dikenalpasti secara pemerhatian antaranya seperti suka memberontak, tidak duduk diam, suka mengganggu kawan dan sebagainya.
Penilaian tingkah laku kanak-kanak ADHD dapat dijelaskan melalui pernyataan Duhaney (2005). Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak ADHD ialah
l pelajar yang dilihat kerap mengasah pensel berbanding
l rakan kelas yang lain, melihat sesuatu di atas rak buku berulang kali dan menggeliat atau
l bermain dengan pensel di atas meja semasa guru mengajar.
l Apabila bila berada di sekolah, gangguan yang berlebihan pada diri merekaakan jelas dibaca atau diperhatikan.
l Bagi kanak-kanak yang mempunyai sifat hiperaktif dan impulsive, tingkah laku mereka
l mungkin akan menyebabkan ibu bapa atau guru tidak dapat bersabar.
l Antara yang mungkin dilakukan adalah seperti memanjat perabot di rumah, menjerit dan berlari tanpa tujuan yang jelas yang boleh mengancam keselamatan diri mereka.

 3.5      Penilaian sosial kanak-kanak ADHD. Secara umumnya, dari sudut sosial
l Kanak-kanak ADHD tidak pandai untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin akan diakhiri dengan pertelingkahan.
l Kanak-kanak ADHD juga kerap mengalami kesukaran pemprosesan auditori. 
l mempunyai daya pendengaran yang baik tetapi bermasalah untuk memahami bunyi yang didengar.
l kanak-kanak ADHD ini tidak suka bergaul dengan rakan sebaya yang lain.
l Mereka sukar diterima oleh rakan sebaya kerana sikap mereka yang aktif, kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain.

3.6       Penilaian emosi kanak-kanak ADHD.  Melakui pemerhatian dan pembacaan saya dapat nyatakan bahawa
l kanak-kanak ADHD ini juga suka ketawa dan berasa seronok tiba-tiba.
l kanak-kanak ini tidak akan duduk diam tanpa melakukan sesuatu.
l Kanak-kanak ADHD menimbulkan gangguan terhadap rakan-rakan yang sedang belajar. Mereka  akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran tetapi mereka akan berasa seronok dan puas hati apabila rakan-rakan marah dengan gangguan yang dilakukan.
l kanak-kanak ADHD juga didapati mempunyai emosi yang tidak menentu.
l mereka akan berasa cepat marah dalam sesetengah hal.
l mereka kerap kali akan mengancam kanak-kanak lain sama ada dalam bentuk percakapan atau fizikal.



4.0       PUNCA ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY
4.1       Melalui pembacaan saya dapati wujud beberapa pendapat telah didianogsis berkaitan punca berlakunya ADHD.  Richard S. Kingsley, 2012 menyatakan bahawa 
ADHD has biological origins that aren't yet clearly understood. No single cause has been identified, but researchers are exploring a number of possible genetic and environmental links. Studies have shown that many kids with ADHD have a close relative who also has the disorder.
4.2       Faktor kerosakan Saraf .
4.2.1    Menurut Duhaney (2005) kortek serebral memainkan peranan yang penting dalam hal-hal seperti berfikir, menganalisis input dari luar, merancang sesuatu, menyelesaikan masalah, ingatan dan mengawal, menyekat dan menahan seseorang daripada bergerak atau bertindak secara tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya.
4.2.2    Saya dapati jua para pengkaji hanya mampu menyatakan bahawa 
l mereka telah memfokuskan pada satu bahagian di dalam otak iaitu korteks serebral.juga menemui satu bahagian di otak yang 5 ke 10 peratus lebih kecil dan
l kekurangan aktiviti dalam kanak-kanak yang mengalami ADHD.
l Wujudnya perubahan kimia dalam otak kanak-kanak ADHD juga ditemui.  Sandra (2005) menyatakan ADHD juga berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap metabolism yang rendah di bahagian otak yang tertentu. 
4.3       Faktor keturunan.
Menurut Friend (2006), beliau berpendapat bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan. Individu yang mengalami ADHD biasanya
l dipengaruhi oleh faktor keturunan.
l Dalam kajian yang dijalankan, mendapati wujudnya masalah perilaku sosial yang negatif dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak hiperaktif dan mereka sendiri menyedari bahawa mereka juga berkelakuan seperti anak mereka ketika mereka masih muda ataupun pada zaman kanak-kanak.
l Baekley (1998), menyatakan bahawa 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan.
l Zijdenbos et al. (2002,), menyatakan faktor yang disebabkan genetik lebih jelas diperhatikan dalam masalah hiperaktif.
4.4       Faktor pengambilan alkohol.
4.4.1    Melaui pembacaan, saya dapati bahawa pengambilan alkohol semasa hamil amat memudaratkan kerana akohol amat mudah menembusi tali pusat dan banyak mendatangkan kesan sambingan yang buruk kepada bayi dalam kandungan.
4.4.2    Kajian juga menunjukkan perkaitan bahawa merokok menjadi salah satu penyebab ADHD. Sesetengah kajian mengatakan bahawa terdapat kaitan antara mendedahkan televisyen terlalu awal kepada bayi dengan ADHD.
4.4.3    American Academy of Pediatrics’ (AAP)  menyatakan pandauan bahawa bayi di bawah 2 tahun tidak perlu didedahkan kepada apa-apa “screen time” ( televisyen, komputer, permainan video, DVD). Kanak-kanak dua tahun dan ke atas pula perlu dihadkan kepada hanya satu ke dua jam sehari untuk siaran televisyen yang bermanfaat.
4.4.5    Risiko Bilogikal merujuk kepada kondisi yang diagnosiskan sebagai gangguan perubatan (medical disorders) seperti Down's Syndrome.   Prenatal Period,  penyakit yang memberi kesan negetif kepada kesihatan si ibu semasa mengandung seperti Rubella, CMV virus (Cytomegalic Inclusion Disease), Herpes Simples,AIDS, Diabetes dan Toxemia. Penggunaan ubat kimikal tertentu, penggunaan alkohol, penggunaan dadah dan juga kekurangan zat makanan. (Mohd Sharani Ahmad, UPM Serdang; Special Children)
4.4.6    Clarren and Smith (1978), menjelaskan bahawa terdapat beberapa jenis ketidaklaziman
pada bayi yang terdedah dengan alkohol semasa dalam kandungan. Salah satunya ialah
fungsi sistem saraf termasuk “mikrosefali, kecacatan, bayi lekas memberontak atau
mudah tersinggung dan hiperaktif.

TUGASAN 1
b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui Model Perubatan dan Model Sosial
terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti
1.0       ABSTRAK.
1.1       Intervensi awal dapat dinyatakan sebagai proses membekalkan perkhidmatan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.
1.2       Addison (2003), telah merumuskan beberapa pengaruh positif intervensi awal ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya termasuklah kemajuan kanak-kanak dalam pelbagai
perkembangan pada tahap tertentu, mengelakkan atau mengurangkan masalah susulan,
mengurangkan tekanan keluarga dan keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak yang
berkeperluan. Intervensi awal akan membawa kesan yang positif dan dapat membantu
perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.
1.3       Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam
membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
berkeperluan khas seawal umur kelahiran hingga ke umur persekolahan. Ia dijalankan
dengan berkesan melalui kolaborasi pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada
kanak-kanak bermasalah tersebut.
2.0       INTERVERVENSI AWAL  MELALUI MODEL SOSIAL DAN MODEL PERUBATAN.
2.1       Prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak amat diperlukan bagi menjayakan model ini. Kolaborasi antara ibu bapa, sekolah dan masyarakat dapat memainkan peranan dalam program pendidikan khas. Dalam proses kolaborasi, kumpulan pelbagai disiplin memainkan peranan penting.
2.2       Model sosial dan model perubatan umumnya mengenal pasti masalah dalam komuniti dan kegagalan komuniti memastikan keperluan orang kurang upaya diambil kira.
2.3       Menurut Golin dan Ducanis (1981), kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang
berfungsi yang terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak khas. Mereka akan berfungsi untuk mengenal pasti masalah murid-murid, merancang prigram pendidikan dan menilai perkembangan murid untuk memastikan keberkesanan Program Pendidikan Khas. Kumpulan ini adalah mereka yang memastikan kanak-kanak mendapat penempatan yang adil dan sesuai untuk kanak-kanak bekeperluan khas.
2.4       Pelbagai cara dan pendekatan yang sesuai perlu diadaptasi dalam membentuk kelakuan anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik di khalayak ramai. Penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas adalah amat penting dalam membina keyakinan diri murid-murid khas
Malah ianya jua memberi sokongan pengetahuan terus kepada ibu bapa/penjaga. Ibu bapa mampu membantu guru dengan mengawasi anak-anak mereka semasa melakukan kerja sekolah. Intervensi awal yang dilakukan ibu bapa dapat membantu kanak-kanak kerana ibu bapa adalah guru terbaik kerana mempunyai masa yang lebih lama untuk bersama mereka.
2.5       Pakar perubatan mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan. Mereka
memainkan peranan yang penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-
kanak serta mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut.
Pakar neurologi bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang
berkaitan neurologikal seperti kecederaan otak. Pakar ini juga mengawal hiperaktif dan
masalah menumpu perhatian. Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah.
2.5.1    Kerapakali rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan rawatan.
2.5.2    Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri.
2.5.3    Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
 2.5.3   Kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan.
2.5.4    Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD. Rawatan untuk ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikao dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.
2.6       Ibu bapa akan dapat mengesan sebarang kekurangan yang berlaku di peringkat awal dan mengambil tindakan sewajarnya dengan mendapatkan bantuan pakar perubatan bagi membantu mereka mengesan masalah sebenar anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mengetahui cara menjaga anak-anak ADHD ini supaya perkembangan kanak-kanak tidak menjurus ke arah negatif. Sikap positif dan percaya kepada diri serta nasihat dari pakar dapat membantu ibu bapa menangani permasalahan kanak-kanak ADHD dengan baik. Pihak sekolah dan ibu bapa dapat berperanan sebagai model kepada membantu kanak-kanak ADHD. Ibu bapa harus peka terhadap sebarang aktiviti atau respon yang diberikan anak-anak mereka.
2.7       Pihak sekolah juga turut memainkan peranan untuk membantu kanak-kanak ini berdikari
dan dapat menguruskan diri sendiri. Penyediaan infrastruktur yang serba lengkap adalah
menjadi tanggungjawab pihak sekolah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pergaulan murid-murid khas dan murid-murid biasa perlu diperbanyakan. Ini adalah untuk memastikan murid-murid khas ini merasa terpinggir dan terasing. Pergaulan dan komunikasi dengan murid-murid biasa akan membantu mereka menghadapi masyarakat luar secara normal.
2.8       Wujud jua bantuan untuk Kanak-kanak istimewa dan Orang Kurang Upaya. Ini adalah selaras dengan Kempen Masyarakat Penyayang, Kerajaan telah menyediakan pelbagai cara dan kaedah untuk membantu golongan istimewa serta kurang upaya ini, dan antaranya adalah;
l Kemudahan galakan pelepasan cukai : bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, pelepasan cukai berganda diberikan disertai rebet untuk membeli peralatan khas untuk kegunaan sendiri, anak, dan ibu bapa orang kurang upaya. Orang kurang upaya sendiri juga menikmati pelepasan cukai tambahan sebanyak RM5000.
l Kemudahan pengangkutan awam : terdapat insentif potongan harga atau tambang misalnya, bagi Sistem Penerbangan Malaysia (50% potongan penerbangan dalam negeri), KTM (50% konsesi tambang), dan semua perjalanan dengan bas Transnasional diberikan konsesi 50%. PUTRA-LRT juga memberikan konsesi tambang kepada golongan ini.
l Kemudahan perumahan : DBKL menyediakan kemudahan menyewa rumah-rumah pangsa atau kos rendah DBKL pada kadar sewa yang istimewa.
l Pengecualian bayaran rawatan perubatan : dikecualikan bayaran di Hospital Kerajaan, tidak termasuk Hospital Universiti dan Institusi, serta tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.
l Pengecualian bayaran dokumen perjalanan : dikecualikan bayaran perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan(Pasport Antarabangsa).
l Kemudahan peluang pekerjaan : kuota 1% untuk golongan kurang upaya bagi sektor kerajaan dan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya bagi Sektor Swasta.
l Kemudahan pendidikan : terdapat sekolah pendidikan khas, pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran untuk latihan kemahiran di institusi pengajian kelolaan Kementerian Pendidikan, dengan elaun bulanan RM300.
l Kemudahan dalam aktiviti harian : terdapat peruntukan Kod Amalan Awam bagi Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam, supaya mesra orang kurang upaya dengan menyediakan 'ram', 'railing', laluan untuk kerusi roda, lif khas, tempat letak kereta khas, dan tandas khas serta lain-lain.
l Pengecualian 50% Duti Eksaiske atas Kereta/Motosikal Nasional bagi golongan cacat anggota.
l Insentif lainseperti daripada Syarikat Telekom Malaysia Berhad, kemudahan memulakan perniagaan kecil dengan bantuan geran RM2700, kemudahan pencen terbitan dan sebagainya.


TUGASAN 1.
c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD).
1.0       Pelbagai cara dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran digalurkan bagi membantu kanak-kanak ADHD. Pendekatan yang berkesan amat perlu kerana kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivitydisorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan. Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakansesuatu tanpa berfikir.
2.0       Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dandiulang. Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untukmengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif. Beri tugasan yang ringkas.
3.0       David  Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut. Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.
4.0       Sokongan persekitarani boleh diwujudkan. Susunan kelas bebas daripada gangguan tumpuan perhatian.  Implikasi kepada P&P Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka disudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. Kedudukan tempat duduk kanak-kanak iniseeloknya berhampiran tempat duduk guru.Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD.
5.0       Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yangdikehendaki. Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas. Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut.
6.0       Secara ringkasnya beberapa pendekatan lain jua mampu dijayakan. Antaranya:
· Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan
· Menyusun pembelajaran seperti menjadikan pembelajaran lebih aktif dengan cara memberi murid peluang bergerak.Intervensi Tingkah Lakui.
· Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang dingini ditunjukkan
· . Strategi pencegahan iaitu dengan memberhentikan tingkah laku yang tidak sesuai ketika baru bermula.
· Token ekonomi – memberi ganjaran dalam bentuk token (sticker, syiling plastic dan lain-lain) yang mempunyai nilai ekonomi, iaitu boleh ditukarkan dengan barang yang disukai
· Intervensi Pengajarani. Arahan yang diberikan jelas, ringkas dan lengkap
· Apabila memberi arahan, minta murid mengulang arahan tersebut
· Pecahkan tugas yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil
· Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaranRawatanMenggunakan ubat yang diberi mengikut masa yang tetap. Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal denganpengaruh dadah tetapi tahap tumpuan merekamasih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidakmempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006:Tucha & others, 2006). Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagisemua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangkapanjang dadah ini masih tidak dketahui.
KESIMPULAN
6.1.      Hiperaktif adalah perlakuan atau tingkahlaku yang dianggap bertentangan nilai sosial
yang disebabkan oleh ketidakseimbangan sistem saraf pusat otak dalam mentafsir
rangsangan-rangsangan yang ada di persekitaran.

6.2       Matlamat rawatan supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan
masyarakat dengan sebaik mungkin. Dari masa ke semasa pencapaian perlu dinilai dan
strategi perlu diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan. Apa yang paling
penting ialah setiap ibu bapa perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang
permasalahan-permasalahan kanak-kanak hiperaktif.

RUJUKAN
Hamid Arshat. 2009. Kanak-kanak Autistik. http://www.hamidarshat.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=1999
(akses pada 24 Disember 2011.).

Ives, M. & Munro, N. 2002. Caring For A Child With Autism: A Practical Guide For Parents.
Jessica Kingsley Publishers, London and Philadelphia, Published with the National
Austistic Society.

Khairul Anwar Bin Sharin. 2009. Kanak-kanak Autisme: Ciri-ciri dan Implikasi Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajara.(akses pada 26 Disember 2011.).

Mohd Hisyammieddy Bin Esa. 2009. Punca Kejadian.
http://hisyammieddy.blogspot.com/2009/01/punca-dan-kadar-kejadian-autisma.html.
(akses pada 24 Disember 2011).
Rogers K. B. (2008) Expert Approaches To Support Gifted Learners: Professional Perspectives, Best Practices Dan Positive Solutions. United State: Free Spirit Publishing.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan