Jumaat, 7 Jun 2013

Penilaian seni dan kreativiti kanak-kanak.



             Salam sejahtera. izinkan saya memurnikan tajuk forum berkaitan penilaian seni dan kreativiti kanak-kanak perlu dilaksanakan merentasi bidang seperti pendidikan, seni dan psikologi. Melalui pembacaan, saya dapati penilaian secara keseluruhan membolehkan murid:

  • menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kogninif, psikomotor dan afektif.
  • penilaian dalam bidang seni visual juga menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan.
  • kaedah penilaian boleh dilakukan melalui pemerhatian, lisan atau interaksi dan juga penulisan.
  • pemerhatian boleh dilakukan ke atas hasil kerja murid, penguasaan kemahiran amali, perkembangan bakat murid, kemahiran sosial, melahiran emosi dan perasaan.
  • penilaian lisan boleh dijalankan melalui temubual, nyanyian, lakonan ataupun puisi. Penilaian penulisan boleh digunakan dengan menggunakan alat tulis dan kertas.
Penilaian seni dan kreativiti kanak-kanak merentasi bidang pendidikan adalah penting kerana

  • seni dan kreatif bukan hanya wujud dalam mata pelajaran seni visual sahaja malahan berlaku di dalam mata pelajaran lain. 
  • secara tidak langsung kreatif dan seni dalam diri masing-masing akan wujud semasa P&P berlaku. 
  • penilaian seni dan kreatif kanak-kanak dalam bidang seni sememangnya perlu berdasarkan keperluan disiplin dalam seni visual, muzik dan pergerakan. 
  • untuk berkreativiti bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya.
Penilaian seni dan kreatif kanak-kanak dalam bidang psikologi berlaku dengan tujuan untuk:

  • menjadikan proses P&P berlaku dengan suasana yang menyeronokkan.
  • membeza dengan cara tradisional yang lebih tertumpu kepada penggunaan kapur dan papan tulis sahaja.  pembelajaran tidak menjemukan malah lebih bersemangat.
  • hubungan sesama murid juga lebih mesra dengan adanya aktiviti permainan secara berkumpulan. Ini juga akan membentuk dan menyemai nilai-nilai murni di dalam diri masing-masing serta meningkatkan motivasi diri.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan