Khamis, 6 Jun 2013

Konsep KBSR



Izinkan saya memurnikan maklumat berkaitan sistem KBSR yang berpegang konsep bahawa

  •     murid-murid perlu memperoleh ilmu pengetahuan,
  •     menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung.


Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina kesefahaman dalam pergaulan, memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain dan sebagainya.

Secara umumnya dapat saya rumuskan bahawa pendidikan bertemakan KBSR juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi manusia dengan persekitarannya seperti


  •     sekolah,
  •     media massa,
  •     tempat tinggal,
  •     pekerjaan dan
  •     tempat bekerja serta institusi masyarakat lain.


Pendidikan bercirikan KBSR juga adalah suatu proses menerima dan menyebar maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia.

Justeru itu, proses pendidikan sewajarnya berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan beribadah kepada Tuhan (Allah s.w.t. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992)).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan