Jumaat, 7 Jun 2013

Kaedah bagi mengalakkan kanak-kanak menjadi kreatif.


Salam sejahtera para pendidik dan ilmuan. Izinkan saya tintakan seadanya kupasan berkaitan keadah memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak.Melalui bacaan, saya dapat paparkan bahawa:
  • kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif.
  • mereka berhak diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka,
  • dan menggunakan sepenuhnya potensi mereka.
  • ibu bapa boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka.
  • kreativiti tidak boleh diajar,
  • kita boleh menyediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti anak-anak..
Saya cuba berkongsi beberapa keadah untuk untuk menggalakkan kreativiti. Antaranya adalah:

  • Biarkan anak-anak ini bermain dan meluahkan idea.
  • Bermain adalah sebahagian penting daripada pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanak-kanak.
  • Beri peluang kanak-kanak ini menghayati kreativiti menerusi lima deria mereka – penglihatan, pendengaran, rasa, bau, dan sentuhan.
  • Ibu bapa jua mampu merangsang imaginasi dan menggalakkan kreativiti anak-anak melalui lakonan dan imaginasi.
  • Sediakan persekitaran tempat tinggal yang menggalakkan kreativiti.
  • Ini boleh dilakukan dengan memastikan anak-anak merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak, dan memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia di sekeliling tanpa gangguan.
  • Kerap ajukan soalan yang membina dan jangan bataskan soalan mereka. Ibu bapa juga perlu fleksibel menerima jawapan atau respons daripada anak-anak mereka.
  • Gunakan kesempatan itu untuk mengajar anak mencari jawapan yang betul.
  • Menyelesaikan masalah adalah komponen penting pemikiran kreatif.
  • Rangsang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia.
  • Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak, termasuk aktiviti seni, muzik, sukan dan memasak.
  • Aktiviti lain seperti membaca buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan