Izinkan saya memurnikan ruang ini dengan
menyorot galuran sejarah bagi rujukan bersama. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (
DKK ) diperkenalkan pada 1971, adalah lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Dasar ini bertujuan untukdijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti
negara Malaysia.
Objektif dasar ini pula adalah untuk
- memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan,
- berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam.
Saya rasakan DKK ini masih releva dilaksanakan. Ini kerana
melalui DKK wujudnya elemen:
- mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia melalui kebudayaan,
- memupuk dan memelihara keperibadian bangsa Malaysia
- memperkaya serta mempertingkat kualiti kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta
mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti
negara di kalangan dunia antarabangsa.
Saya juga rasa perlu beberapa elemen diberikan perihatian.
Antaranya:
- Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini.
- dengan keinsafan dan ketulusan sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
- Kebudayaan yang dipupuk itu perlu seimbang ddan harmornis dalam mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum
- memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan