. Melalui pembacaan, izinkan saya catatkan iaitu menurut Laporan
Jawatan Kuasa Kabinet 1979 , dalam konteks Malaysia , kurikulum ditakrifkan
sebagai semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau
institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat negara.
Kurikulum memiliki dua sisi yang sama pentingnya yakni kurikulum
sebagai dokumen dan kurikulum sebagai implementasinya. Sebagai sebuah dokumen
kurikulum berfungsi sebagai pedoman bagi guru dan kurikulum sebagai
implementasi adalah realisasi dari pedoman tersebut dalam kegiatan
pembelajaran.
Antara peranan guru dalam perkembangan kurikulum di sekolah dapat
dinyatakan seperti berikut:
Guru merupakan sumber
penting dalam bidang pendidikan terutamanya dalam membantu perkembangan kurikulum.
Sumber tenaga manusia
yang berkualiti merupakan hal yang
penting bagi sesebuah negara untuk menjadi negara maju, kuat,
makmur dan sejahtera.
Dokumentasi kurikulum
hampir keseluruhannya adalah bergantung kepada guru.
Guru berperanan untuk
menyusun dan merumuskan bahan yang tepat, memilih dan menyusun bahan pengajaran
yang bersesuaian dengan minat, tahap perkembangan kanak-kanak, memilih method
atau kaedah dan media mengajar yang bervariasi serta menyusun program dan alat
evaluasi yang memudahkan guru dalam perancangannya bagi memastikan pengajaran
dan pembelajaran berjaya.
Guru berperanan
menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran
mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran.
Guru juga perlu merancang dan
melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti
kelemahan dan kekuatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan