Izinkan saya memurnikan ruang ini seadanya. saya hanya akan
fokuskan keperluan mengorganisasi KBSR pada Tahap II.
Melalui pembacan, saya dapati
Kurikulum diorganisasikan
secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif.
Maka isi kandungan mata
pelajaran disediakan dalam bentuk modul.
Justeru itu, bagi
memastikan pendidikan di peingkat sekolah rendah berjaya mencapai matlamat,
kurikulum perlu dirancang agar dapat dilaksanakan dengan lancar sehingga
tercapai matlamat dan objektif yang diharapkan.
Organisasi kurikulum dalam KBSR adalah berasaskan tiga bidang iaitu
Komunikasi,
Manusia dan Alam
Sekeliling
Perkembangan Diri
Individu.
Bidang Komunikasi dilihat merupakan bidang yang perlu diberikan
fokus yang utama dalam kurikulum KBSR. Penekanan diberikan atas kemahiran 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira.. Maka diharapakan agar murid-murid yang tamat sekolah rendah tidak
menghadapi masalah untuk membaca, menulis dan mengira.
dalam elemen Manusia dan Alam Sekeliling terdapat dua komponen
iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, Kemanusiaan dan persekitaran. Melalui
organisasi ini amat diharapkan agar pendidikan yang wujud di Malaysia
akan dapat melahirkan rakyat yang bermoral tinggi dan bersifat mulia tanpa
mengira kaum.
Sementara organisasi dalam Perkembangan Diri Individu terdapat
agihan komponen Kesenian dan Rekreasi. Wujudnya komponen ini, diharapkan agar
dapat membantu perkembangan murid-murid secara menyeluruh iaitu dari segi potensi,
intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan