Khamis, 6 Jun 2013

ketaksaan dakam komunikasi lisan dan tulisan.



Salam sejahtera, Izinkan saya memurnikan ruang ini seadanya.
Saya merasakan ketaksaan berlaku dalam komunikasi lisan dan tulisan. Dalam komunikasi lisan ketaksaan terjadi apabila intonasi jeda pada kata atau frasa salah diucap. Namun jika diteliti dengan jelas ketaksaan berlaku pada perkataan dan tidak terhad pada ayat sahaja.
Izinkan saya menegaskan juga ketaksaan makna berlaku apabila  terjadinya tafsiran lebih dari satu makna. Hal ini dapat terjadi baik dalam ujaran lisan maupun tulisan. Tafsiran lebih dari satu ini dapat menimbulkan keraguan dan kebingungan serta kekaburan dalam mengambil keputusan tentang makna yang dimaksud.
Tokoh bahasa seperti Siti Saniah, (2010:27) menjelaskan menbawa ketaksaan ialah ayat atau perkataan yang mempunyai makna yang tidak pasti atau tidak jelas dan kurang tepat maksudnya.
Akan tetapi menurut Hajar Abdul Rahim (1999:1124), ketaksaan  merujuk kepada lebih daripada satu makna. Dalam erti kata lain, ketaksaan juga bermaksud sebagai kata atau ayat yang bermakna ganda .
Saya juga bersetuju dengan pandangan Hajar Abdul Rahim (1999:1124) lagi iaitu  ketaksaan dalam bahasa boleh terjadi dalam dua peringkat iaitu pada peringkat leksikal (perkataan) dan peringkat ayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan