Melalui pembacaan,
saya dapati aktiviti melukis merupakan
- suatu medium komunikasi.
- bagi kanak-kanak,lukisan merupakan bentuk komunikasi awal yang berkesan bagi membolehkan mereka berinteraksi sebelum bertutur.
- aktiviti melukis juga dapat meningkatkan daya penguasaan kendiri sekaligus memberi kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat dengan cara memindahkan dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.
- dalam mengenal pasti proses perkembangan seseorang kanak-kanak dapat diukur dari aspek seni.
- semua kanak-kanak gemar melukis untuk melahirkan aspirasi kehendak dan kecenderungan kanak-kanak tersebut.
- kebiasaanya kanak-kanak yang hasil kerjanya seninya cantik dan kemas memperlihatkan peribadi positif Melukis adalah satu medium komunikasi. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
Lukisan memainkan peranan sebagai alat komunikasi awal
kanak-kanak sebelum mereka pandai bertutur. Melukis sebagai satu cara untuk
mencapai kepuasan diri.Kanak-kanak akan meluahkan perasaan mereka melalui lukisan.Aktiviti melukis mampu memberi kepuasan kepada kanak-kanak
untuk melahirkan perasaan dan emosi sebenar di samping menguatkan otot.
Ianya juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
kanak-kanak. Melukis dapat meningkatkan daya penguasan kendiri (self Esteem). Aktiviti melukis boleh meberi kepuasan kepada kanak-kanak dalam
meluahkn apa yang dilihat dan dipindahkan semula alam bentuk rupa atau imej
yang unik mengikut tahap pemahaman masing-masing.
Melaluinya kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera
mereka ,meluahkan perasaan dan emosi mereka serta membina kekuatan otot mereka
melalui kukisan mereka. Oleh sebab penguasaan bahasa terhad, kebanyakan
kanak-kanak tidak tahu menceritakan apa yang ada dalam fikiran mereka. Guru
boleh menjadikan lukisan kanak-kanak sebagai perantara untuk
berkomunikasi dengan mereka.
Hasil seni kanak-kanak adalah berbeza kerana setiap orang
mempunyai kreativiti masing-masing. Mereka melukis dan melakar
mengikut imaginasi , pengamatan , pengalaman dan daya kognitif mereka sendiri
penilaian sesuatu hasil seni adalah sesuatu yang amat
tersendiri. Pada pendapat saya, setiap hasil kerja kanak-kanak merupakan hasil
yang asli mengikuti kebolehan dan kreativiti masing-masing. Tidak ada sesiapa
yang dapat menyatakan nilainya dengan betul.
Hasil kerja seni kanak-kanak tidak semestinya cantik dan
kemas.Objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah akan memberi
peluang agar kanak-kanak berpeluang:
- menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
- melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis ,kreatif dan menyeronokkan
- menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera
- mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
- mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
- membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat
- memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab
- mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
- menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
- melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan