Melalui pembacaan, saya cuba
untuk menghuraikan tiga isi penting organisasi kurikulum dalam KBSR ditetapkan.
Huraian pertama adalah berkaitan pengendalian dasar KSSR. Iaitu
secara dasarnya KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular. Ini bermaksud
wujudnya usaha mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang
dikenali sebagai modul.
Huraian kedua pula adalah berkisarkan elemen pecahan pembelajaran.
Didapati bahawa mata pelajaran yang disampaikan juga akan dilaksanakan atau
diorganisasikan secara modular. Ini juga bererti bahawa kandungan mata
pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Bagi
penjelasan lanjut modul merujuk atau setiap modul telah mengandungi beberapa
elemen iaitu
pengetahuan,
kemahiran dan
nilai yang telah dikenal
pasti untuk dikuasai oleh murid.
Huraian ketiga dapat dilihat di peringkat KBSR, kurikulum telah diorganisasikan
dengan mengambil kira tahap-tahap persekolahan iaitu Tahap 1 dan Tahap 2 yang
mengalurkan reka bentuk kurikulum KBSR yang berasaskan tiga bidang, iaitu
Komunikassi,
Manusia dan Alam
Kelilingnya dan
Perkembangan Diri
Individu.
Bidang Komunikasi merupakan
bidang yang utama dalam KBSR kerana tumpuan bidang ini adalah ke arah
penguasaan kemahiran
membaca,
menulis
dan mengira.
Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya terdapat dua komponen iaitu
Nilai, Kerohanian dan Sikap,
serta Kemanusiaan dan
Persekitaran.
Manakala komponen Kesenian dan Rekreasi adalah di bawah bidang
Perkembangan Diri Individu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan