Jumaat, 7 Jun 2013

Usaha murni mengalakkan kreativiti kanak-kanak.


Salam sejahtera. Syabas atas usaha murni dan kesungguhan smua yang terlibat dalam menjayakan kefarduan menuntut ilmu. Izinkan saya fokuskan kupasan saya berkaitan keadah memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak.Melalui bacaan, saya dapat paparkan  terdapat beberapa keadah untuk untuk menggalakkan kreativiti. Antaranya adalah:
  • Kesungguhan ibu bapa diharapkan sentiasa mampu untuk merangsang imaginasi dan menggalakkan kreativiti anak-anak melalui sesi bercerita, lakonan, arca, teater pembaca, teater bercerita dan main peranan. Kepelbagaian perkembangan imaginasi ini haruslah dikawal selia agar berada di dalam landsan agama, keimanan, kesusilaan dan keinsanan.
  • Wajar bagi sekian golongan yang bergelar insan daie menyediakan persekitaran tempat tinggal yang wajar bagi menggalakkan kreativiti anak-anak..Ini boleh dilakukan dengan memastikan anak-anak merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak, dan memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia di sekeliling tanpa gangguan.
  • Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak, termasuk aktiviti seni, muzik, sukan, membasuh kereta, berkebun dan memasak. Membaca buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti kanak-kanak dengan cerianya..
  • Berikan peluang dan biarkan anak-anak ini bermain dan meluahkan idea serta stress yang mereka lalui.Bermain merupakan sebahagian penting daripada pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanak-kanak.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan