Khamis, 6 Jun 2013

Pentaksiran berasaskan sekolah dan perlaksanaannya.



  

Izinkan saya murnikan sesi ini yang menyatakan bahawa

  • pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan mengesan tahap pembelajaran murid secara terperinci.
  •     maklumat yang tepat boleh membantu guru untuk melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
  •     Wujudnya PBS menjadikan pendidik mampu menganalisa kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.
  •     PBS tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan(growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.
  •     PBS memberi pengiktirafan kepada pendidik untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasakan sekolah.
  •     PBS dijangka mampu meningkat integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana pendidik dapat memantau perkembangan murid secara berterusan.
  •     Pendidik memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid.
  •     Pendidik akan lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid, mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.
  •     perlaksanaan PBS menuntut semua pihak bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dillaksanakan. Indikator jaminan kualiti PBS adalah kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan.
  •     PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
  •     PBS memaparkan laporan berdasarkan band 1 hingga band 6 disusun mengikut hieraki, dijelaskan dengan diskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhatikan dan diukur dalam menentukan prestasi individu.
  •     PBS dapat menilai murid secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi tanpa dibandingkan dengan orang lain.
  •     PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
  •     Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS di mana pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir tahun.
  •     Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah.
  •     PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan