Khamis, 6 Jun 2013

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan perkaitannya.




Salam sejahtera. Izinkan saya mengupas seadanya tajuk berkaitan PBS dan cara pengendaliannya. PBS dapat diertikan:

  •     merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (fizikal).
  •     PBS juga selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).
  •     Kompenan PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
  •     Kategori akedmik ialah pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.
  •     Manakala bukan akademik ialah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.
  •     kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif  dan pentaksiran sumatif..
  •     guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.
  •     SPPBS  adalah pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah . Pentaksiran formatif dijalan seiring dengan proses pembelajaran.
  •     SPPBS digunakan untuk merekod dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBs serts menjana pelaporan apabila diperlukan.
  •     Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.
  •     Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

 Pentaksiran sekolah  merupakan kompenan penting dalam proses P&P kerana

  •     pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran,meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan
  •     berkemampuan memberikan maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam  satu-satu proses P&P.
  •  PBS dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dilaksanakan ke atas semua murid SK, SJK dan sekolah swasta.
  • Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan untuk menambahbaikkan penilaian sekolah yang sedia ada. Standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi murid.
  • Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan