Khamis, 6 Jun 2013

ciri sekolah di zaman penjajahan



Salam sejahteraerikan saya sedikit kesempatan bagi menyatakan ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan agar kita sama-sama dapat memurnikan analisis kajian kita seadanya. Saya catatkan beberapa ciri dan situasi sekolah pada zaman penjajah. Antara ciri-ciri sekolah pada zaman penjajah adalah:


  •         Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.
  •         Kurikuium sekolah berbeza.
  •         Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.
  •         Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya ialah bahasa Mandarin.

Melihat kepada sorotan sejarah pendidikan di negara kita, pastinya kita sedar bahawa pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat. Perkembangan pendidikan di Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam hala tuju dan falasafah pendidikan era sebelum merdeka dan zaman pasamerdeka. Antaranya:

    Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan mengikut dasar untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani.
    Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris bertujuan menyekat peluang orang Melayu untuk mengembangkan bakat mereka, memisahkan mereka daripada perkembangan sosio-ekonomi negara.
    Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam.
    Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza.

Saya fokuskan kupasan ini berkaitan kesan tatacara pengurusan pendidikan.Antaranya adalah:


  •     Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dgn menyediakan pendidikan yg menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
  •     Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
  •     Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yg kurang bernasib baik  dan kawasan luar bandar atau pedalaman.


Hasil Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah memaparkan bahawa,

  •     tenaga rakyat yg dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan gunatenaga negara kecuali di beberapa bidang tertentu.
  •     Dapat merapatkan jurang pengenalan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada di sektor awam atau swasta.
  •     Mengurangkan kemiskinan terutamanya kaum bumiputra yg berpendidikan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan