Melalui pembacaaan, saya dapati bahawa
- kesusasteraan tidak boleh dipisahkan dengan bahasa.
- usul dari bahasa lahirnya sastera.
- keindahan sastera dilihat pada bahasanya, sastera umpama permainan bahasa,
- hidupnya sastera bergantung kepada keupayaan bahasa itu sebagai wahana pengucapan fikiran.
- bahasa dan sastera akan mampu menunjukkan fikiran, kreativiti dan aktiviti. Bahasa ialah alat komunikasi utama dan asas pembinaan sesebuah tamadun.
- tamadun yang menjadi kekal dan berkesinambungan melalui tradisi ilmu.
Jadi bahasa Melayu dan Kesusasteran Melayu berperanan
membawa dan menggerakkan kehidupan kebudayan bangsanya meliputi akal fikiran
dan daya ciptaan dalam segala tuntutan dan keperluan.
Bahasa Melayu sudah sedia mampu dan oleh sebab itu mesti
digerakkan untuk mengisi fikiran dan pemikiran dalam bidang pencapaian ilmu
pengetahuan tinggi, kesusasteraan, falsafah dan imej warisan tamadun.
Bahasa dan kesusasteraan Melayu mampu memainkan peranannya
dalam kegiatan ekonomi.Walau bagaimanapun untuk mencapai tujuan tersebut semua
pihak haruslah
memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kedudukan
bahasa dan kesusasteraan Melayu diterima pakai oleh semua rakyat.
Oleh itu, pastikan rakyat dapat menguasai dahulu penggunaan
bahasa Melayu, dan dengan ini sudah pasti bahasa dan kesusasteraan Melayu dapat
ditingkatkan dan seterusnya mampu memainkan peranan dalam kegiatan ekonomi.
Ditinjau hingga kini, sastera Melayu semakin pudar tetapi
hakikat sebenarnya adlah seperti berikut:
kita boleh mencipta pekerjaan sendiri, antaranya dengan
menulis novel yang diminati ramai. ‘Begitu juga, menulis skrip televisyen dan
filem turut menjanjikan pulangan yang lumayan.
Inilah ruang mudah bagi pembinaan dan pengembangan sastera
kebangsaan kita, yang bukan sahaja melibatkan pengamal pelbagai kaum, tetapi
juga khalayak pelbagai kaum.
dapat menjana ekonomi sekiranya ramai yang meminati dan membeli bahan
penulisan dalam bahasa Melayu sama ada melalui buku-buku, filem dan hasil seni
bahasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan