Salam sejahtera. Melalui pembacaan, saya dapati bahawa pengembangan
kurikulum adalah harus mengacu pada sebuah kerangka umum yang menjadi tuntutan
sesuatu penduduk. Ianya jua merangkumi elemen
yang merangkumi implementasi kurikulum, evaluasi kurikulum, jangkaan
masa hadapan asumsi, tujuan pengembangan kurikulum, penilaian, konten kurikulum
dan sumber materi kurikulum.
Menurut Kamus Dwibahasa (1992), perkataan ' kurikulum' bermaksud
sebagai bidang pelajaran di sekolah.
Guru merupakan salah satu faktor penting dalam implementasi
kurikulum. Kurikulum sekolah merupakan suatu rancangan yang merangkumi
aktiviti-aktiviti akademik. Berdasarkan maklumat ini dapatlah kita ketahui
bahawa kurikulum sekolah boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu
objektif-objektif kurikulum, kandungan kurikulum termasuk sukatan pelajaran,
aktiviti-aktiviti pengajaran dan proses penilaian kurikulum.
Bagi memastikan perkembangan kurikulum dapat dijalankan dengan baik
dan berkesan, maka guru amatlah memainkan peranan yang penting. Ini adalah
kerana
Guru merupakan salah satu
faktor penting dalam implementasi kurikulum. Guru memainkan peranan yang
penting dalam pelaksanaan kurikulum.
Tanpa penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang
dirancang sukar untuk dicapai.
Komitmen guru untuk
melaksanakan sesuatu inovasi di bilik darjah juga mempengaruhi sejauh mana
penglibatan guru secara total sebagai agen transformasi kurikulum.
Guru adalah orang yang
begitu penting dalam perkembangan kurikulum. Sebenarnya kurikulum adalah
dirancang, digubal dan dibina oleh sekumpulan guru tertentu.
Ini adalah kerana guru adalah
insan yang paling memahami dan mengetahui kehendak dan kesesuaian skop bahan
atau isi pengajaran yang perlu disampaikan kepada murid-murid. Setelah membina
kurikulum, guru perlu merancang proses P&P berdasarkan kurikulum yang
dibina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan