Salam
sejahtera. Izinkan saya mengupas seadanya maksud leksikografi dan kesimambungan
berkaitan dengannya. Melalui pembacaan, dapat saya catatkan bahawa leksikografi
merupakan
•bidang
ilmu bahasa yang mengkaji cara pembuatan kamus.
•ilmu
penyusunan kamus iaitu ilmu yang memberi perhatian kepada kajian leksikon
bahasa dari segi makna,perkembangan,fungsi dan cara menggunakannya serta cara
menyebutnya dan maklumat lain yang bertujuan untuk dihimpunkan dan disusun
dalam bentuk buku yang mudah dirujuk.
•cabang
linguistik terapan yang terdiri daripada pemerhatian, pengumpulan, pemilihan
dan keterangan unit-unit dalam kumpulan perkataan dan ungkapan dalam satu atau
lebih bahasa.
•mempunyai
perkaitan yang rapat dalam perkembangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa.Ini
kerana perakaman perbendaharaan kata dilakukan melalui penghasilan kamus.
•Tugas
ahli leksikografi adalah untuk menghasilkan sebuah kamus dan antara perkara
yang ditangani ialah makna perkataan yang sentiasa berubah.
•fungsi
asas sebuah kamus ialah memberikan makna kepada perkataan-perkataan atau item
leksikal.
Menurut
Arbak Othman(2000),penyusun kamus hendaklah memastikan bahawa makna yang dibuat
dalam pemerian sebaik-baiknya berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks
supaya makna perkataan yang digunakan daripada teks tersebut dapat diasingkan
menurut jenisnya sama ada gayanya yang berbeza, situasi penggunaannya atau
sifat-sifat pragmatiknya yang berbeza.
Menurut Ladislay Zgueta(1977),"Kamus
ialah daftar bentuk-bentuk linguistik yang telah disosialisasikan yang tersusun
secara bersistem, yang dihimpun daripada kebiasaan-kebiasaan bahasa sesuatu
masyarakat bahasa tertentu dan yang didokumentasikan oleh penyusun dengan cara
yang sedemikian rupa sehingga pembaca memenuhi syarat memahami makna setiap
bentuk terpisah dan diberi maklumat tentang fakta-fakta yang relevan yang ada
kaitannya dengan jenis-jenis utama kamus, iaitu yang terutama sekali
berhubungan dengan makna kamus".
Ibrahim (2002) mendefinisikan kamus sebagai
sejenis buku rujukan yang menerangkan tentang makna kata-kata yang berfungsi
untuk membantu para pengguna mengenal dan mengetahui perkataan baru.
Menurut Salinah (2000),bidang perkamusan
adalah perihal yang berkaitan dengan kamus dari segi penyusunannya, ilmu
mengenainya dan lain-lain.
Kecanggihan teknologi terkini secara tidak
langsung turut mempengaruhi dunia perkamusan Melayu. Perkamusan Melayu pernah
mengatakan bahawa dalam konteks negara Malaysia,
ilmu perkamusan boleh dikatakan masih muda.
Syabas kerana ahli akedemik mampu
maanfaatkan ilmu dengan skop amalan yang mulia iaitu dengan adanya bidang
leksikografi, maka lahirlah pelbagai kamus yang menjadi pegangan dan rujukan
para pelajar dan masyarakat. Moga wujudnya bidang leksikografi akan membawa
semua pihak ke arah kehidupan yang benar. Allah berfirman, mafhumnya: "Kemudian
kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), hendaklah engkau menurut agama Nabi
Ibrahim, yang berdiri teguh atas jalan yang benar.: (surah al-Nahl 16:123)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan