Salam sejahtera. Izinkan saya menurnikan ruang ini bagi mengupas keperluan hasil kerja seni kanak-kanak mesti cantik dan kemas. Melalui pembacaan, saya memahami bahawa maksud seni adalah suatu yang sesuatu yang halus. Saya cuba membahagikan elemen halus ini kepada dua iaitu
- seni visual dan
- seni persembahan.
Seni visual untuk kanak-kanak meliputi aktiviti melukis dan
mewarna ,aktiviti kraf yang mengaplikasi teknik menggambar ,teknik mereka corak
dan rekaan serta teknik bentuk binaan.
Seni persembahan untuk kanak-kanak pula merangkumi
aktiviti muzik,pantun ,drama , sajak, tarian dan pergerakan.
Untuk memperkatakan hasil seni saja kita mula membayangkan
suatu bidang yang luas. Maka hasil seni yang dihasilkan tidak semestinya cantik
dan kemas. Ini kerana
- perkataan cantik itu amat subjektif.
- Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah proses tumbesaran mereka.
- Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
- Refleksi ini akan terus berkembang bersama kanak-kanak.
- Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yangdihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan,namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif.
- Hasil seni kanak-kanak adalah satu kaedah yang sangat unik untuk menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan kognitif mereka.
- Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.Maka pada pendapat saya bagi tahap kanak-kanak bukan kecantikan yang penting tetapi hasil karya itu datang dari luahan perasaan kanak-kanak itu sendiri.
- Kecantikan hasil seni hanya bersesuaian untuk golongan dewasa sahaja. Hasil murid tidak seharusnya kemas atau cantik.
- Guru juga tidak harus memandang rendah pada murid yang menghasilkan karya yang kurang cantik tetapi perlu melihat konteks dalam lukisan tersebut.
- Luahan perasaan kank-kanak dalah berbeza mengikut kreativiti masing-masing.
- Sesiapa sahaja perlu diberi peluang menghasilkan seni kerana seni boleh membuatkan kita menjadi fokus dan teliti dalam membuat sesuatu.
- Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berperanan sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
- Refleksi ini akan terus berkembang bersama kanak-kanak.
- Karya seni terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai teknik dan gaya yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang yang lebih dewasa.
- Ibu bapa dan guru-guru perlu memberi keutamaan kepada luahan hatinya dalam lukisan dan bukannya kecantikan lukisan tersebut. Jika sesuatu lukisan dapat menyatakan sesuatu mesej atau memberi kesedaran pada pemerhatinya ia bermaksud lukisan tersebut berjaya walaupun ia tidak cantik. Ibu bapa atau guru perlu memberi bimbingan. Guru harus memberi pujian terhadap apa jua lukisan kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan