Melalui pembacaan saya cuba
murnikan ulasan berkaitan. Terdapat beberapa peranan guru dalam perkembangan
kurikulum di sekolah iaitu :-
Guru adalah insan yang
memurnikan setiap dasar dan aktiviti yang dirancang. Perancangan ini boleh
diubahsuai dan dimurnikan oleh guru mengikut keperluan murid, persekitaran
serta sumber yang ada. Pengubahsuaian ini perlu bagi menggalakkan murid belajar
dan mengelakkan kebosanan.
Guru adalah perancang dan
pelaksana segala yang unsur dalam standard pelajaran dan rancangan tahunan.
Guru harus tabah memastikan murid-murid mendapat bimbingan yang sewajarnya dan
memastikan objektif pembelajaran tercapai.
Guru juga disaran agar
sentiasa mencipta situasi-situasi yang dapat meningkatkan minat belajar yang
tinggi di dalam diri dan jiwa murid-murid.
Guru juga perlu mampu
serta dapat memilih serta melaksanakan kaedah-kaedah mengajar yang sesuai
dengan kemampuan murid, bahan pelajaran dan banyak melibatkan dan mengaktifkan murid. Sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran, guru-guru harus menyediakan rancangan tahunan dan
RPH supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan teratur dan sesuai.
Pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman pembelajaran
bertujuan untuk mencapai hasil yang diinginkan.
Guru juga berperanan
untuk memilih, menyusun dan melaksanakan kaedah pembelajaran dan pengajaran
yang baik untuk mengevaluasikan perkembangan dan hasil pembelajaran murid bagi
menilai potensi pelaksanaan kurikulum itu sendiri.
Guru-guru harus dapat
mentafsir sukatan pelajaran yang telah disediakan oleh pihak kementerian.
Mereka harus berupaya untuk memindahkan matlamat, objektif dan domain yang
dipilih sesuai dengan keperluan dan tahap pencapaian murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan