Khamis, 6 Jun 2013

Penyertaan aktiviti ko-kurikulum sebagai sebahagian proses P&P




Salam sejahtera, Izinkan saya murnikan ruang ilmiah sebaiknya. Pelaksanaan aktiviti  kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Penyertaan kokurikulum oleh KPM mampu menjadikan  seseorang pelajar itu dapat berkembang dengan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Pelajar  jua perlu mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di dalam kehidupan. Maka melalui kegiatan kokurikulum akan membuka ruang untuk pelajar menjadi insan yang berkembang secara menyeluruh.

Kegiatan-kegiatan kokurikulum dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional dan nilai-nilai murni secara langsung atau secara tidak langsung.

Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang menyertainya.

Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi seseorang pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan melalui kegiatan kokurikulum ini seperti memupuk sifat kepemimpinan, membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi yang berdisiplin.

Kegiatan kokurikulum juga mampu membentuk personaliti yang positif dan rasa tanggungjawab. Penglibatan dalam persatuan, kelab dan aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran bersosial, bercampur gaul dan berhubung mesra serta keupayaan dalam perhubungan awam yang dapat dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.

Kegiatan kokurikulum akan menyihatkan badan kerana aktiviti yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan fizikal dan mental. Namum acuan keagamaan perlu menjedi teras dan landasan yang unggul dalam perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Kepincangan akibat desakan agenda songsang individu terbabit akan mewujudkan budaya dan etika yang merugikan pelaburan dan harapan semua pihak.
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan