Khamis, 6 Jun 2013

KBSR mengantikan KLSR



Izinkan saya mengulas seadanya perihal berkaitan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada 1982 di mana kurikulum ini telah menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR ) . Keperluan ini adalah dirasakan perlu atas kerana KBSR  bercirikan konsep berpusatkan murid yang ledih mempamerkan elemen keperluan murid-murid seperti:


  •     memperoleh pengetahuan ,
  •     menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung.
  •     Penglibatan murid juga lebih dilihat secara aktif , ceria dan progresif  menjadi matlamat KBSR.


Wujudnya KBSR memaparkan isi kandungan mata pelajaran akan digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain  dan juga beberapa kemahiran. Perkara ini jelas berbeza di KLSR di mana isi kandungan antara setiap mata pelajaran adalah berbeza.

Sistem KBSR  amat menyarankan agar warga pendidik mengajar mengikut pelbagai  tahap kebolehan murid. Maka semua murid berpeluang mengecapi pendidikan yang sama .

Sukatan pelajaran yang digalurkan dalam KBSR adalah lebih seimbang srta tidak  terlalu padat, tidak membebankan pelajar dan lebih berorientasikan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohain dan intelektual. Maka anak-anak didik dapat merasakan keharmonian dalam menjalani sistem pembelajaran seharian.

Secara umumnya dapat saya rumuskna bahawa KBSR adalah suatu usaha yang murni yang bermatlamat melahirkan insan yang progresif, dinamik seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan