Rabu, 5 Jun 2013

a. Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Howard Gardner b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas . d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.



TUGASAN 2
a. Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Howard Gardner
b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas
c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak  pintar cerdas .
d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

BIL
PERKARA
CATATAN
2a
1.0

SEKAPUR SIRIH

2.0
LAPAN KECERGASAN


2b
1.0
2.0
3.0

PENGERTIAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS.
PANDANGAN PENGKAJI.
IBU BAPA MENGALAKKAN BELAJAR MELALUI BERMAIN


2c
1.0
2.0

ABSTRAK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS.


2d
1.0
2.0
3.0

EMOSI
SOSIAL
MASALAH DAN STRATEGI MENANGANI MASALAH EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS.





KESIMPULAN


BIBLIOGRAFI



TUGASAN 2
2 a.      Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Horward Gardner.

SEKAPUR SIRIH.
1.1       Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population).

1.2       Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.

1.3       Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai.

2.0       LAPAN KECERGASAN
2.1       Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang
melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik.
Kecerdasan – kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut :
2.2       Verbal-Linguistik
Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis.
Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan.
Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan,
mengingat maklumat, memahami perkataan
2.3       Visual-Ruang
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan
untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.
Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini
ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan
menterjemah imej secara visual.
2.4       Naturalis
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna
dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar
bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam
sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.           
2.5       Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan
anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu
juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal
dengan mental.
2.6       Interpersonal
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi,
tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
2.7       Intrapersonal
Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba
untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain,
kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.
2.8       Logik-Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul
secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang
cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
2.9       Muzik
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten,
membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran.
Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi,
memahami struktur dan rentak muzik.

TUGASAN 2
2b        Peranan ibu bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cergas.

1.0       Pengertian kanak-kanak pintar cerdas.
1.1       Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka terutamanya yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan maka suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.
2.0       Pandangan pengkaji..   
2.1       Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa. Perkembangan kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ianya juga adalah proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual di mana berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat kepada peringkat perkembangan seterusnya.
3.0       Kanak-kanak belajar melalui bermain. Ibu bapa dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Keseimbangan diantara belajar dan bermain menjadi rangka yang penting bagi memperkembangkan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dalam sesuatu bidang. Bermain sebenarnya adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak memahami sesuatu konsep. Melalui permainan juga, ia dapat mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep yang ingin diketahui oleh mereka. Konsep bermain ini sebenarnya merujuk kepada motivasi intrinsik (dalaman) dan menyeronokkan. Proses pembelajaran berlaku secara tidak langsung semasa bermain.
3.1       Permainan Lego. Lego adalah sejenis alat permainan bongkah plastik yang terkenal di seluruh dunia bagi semua golongan kanak-kanak atau remaja.  Dalam proses menyiapkan model lego keupayaan kognitif yang digunakan oleh kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba dicantumkan atau bongkah yang cuba dibina tidak seperti yang sebenar, mereka akan cuba lagi untuk membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai melengkapkan model tersebut dengan betul. Jelasnya melalui permainan lego, kanak-kanak ini bukan sahaja dapat mencipta daya kreatif mereka sendiri tetapi juga dapat memperkembangkan lagi kemahiaran kognitif mereka.
Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana lego melibatkan imaginasi dan daya pemikiran.  Permainan lego ini adalah satu permainan yang dapat menguji tahap pemikiran kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berumur 3-4 tahun kerana pada peringkat umur ini mereka mempunyai kuasa ingin tahu dan daya imaginasi yang tinggi, kuat meneroka dan mula memanipulasikan sesuatu benda yang menarik perhatian mereka.
3.2       Permainan catur. Catur adalah permainan yang paling popular di dunia, ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga merupakan satu seni dan satu sains. Catur juga dilihat sebagai permainan perang yang abstrak kerana merupakan satu permainan yang dikenali sebagai permainan seni mempertahankan diri dimana kanak-kanak perlulah menggunakan minda dalam menyelesaikannya dan mengajar catur kepada kanak-kanak ini juga dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda mereka dalam menyelesaikan masalah yang kompleks ketika bermain dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berfikir yang lebih berkesan lagi. Permainan ini juga amat sesuai bagi kanak-kanak yang berumur 3-4 tahun untuk melatih mereka dari segi perkembangan kognitif dimana memerlukan penggunaan otak dalam berfikir bagi merancang strategi semasa bermain permainan ini.
3.3       Kubus Rubiks. (Dendam Kiub, Kiub Rubik, Kiub Profesor dan Kiub Poket).
Permainan kubus rubiks merupakan permainan teka-teki mekanik 3D yang diperkenalkan oleh Prof Erno Rubik iaitu seorang professor seni bina di Hungarian pada tahun 1974. Aktiviti ini memerlukan daya kognitif yang tinggi untuk menyelesaikannya dalam masa yang telah ditetapkan. Kubus ini digunakan sebagai alat pengajaran untuk membantu kanak-kanak memahami objek 3D selain merupakan satu alat untuk dijadikan aktiviti teka-teki kepada mereka dimana memerlukan strategi bagi menyelesaikan permainan tersebut.
3.4       Menyusun Puzzle Gambar.Puzzle merupakan permainan menyusun kepingan gambar sehingga menjadi sebuah gambar yang lengkap. Ianya juga terdiri daripada pelbagai jenis gambar dimana kanak-kanak dikehendaki menyusun serpihan-serpihan kecil daripada kepingan tersebut untuk menjadikan ianya sebuah gambar. Selain itu, puzzle juga adalah satu bentuk permainan yang memerlukan penelitian, melatih kanak-kanak supaya fokus atau memberi sepenuh perhatian ketika melakukannya serta harus mempunyai ingatan jangka panjang semasa menyusun kepingan-kepingan puzzle tersebut sehingga selesai.  Di samping itu, melalui puzzle juga mereka dapat belajar memahami konsep bentuk, warna, ukuran dan jumlah, maka bagi kanak-kanak pintar cerdas puzzle yang seharusnya diberikan kepada mereka adalah berbentuk kompleks iaitu dari segi jenis gambar supaya mereka dapat berimaginasi dengan lebih tinggi lagi dalam menyelesaikan permainan tersebut. Hal ini dapat mengembangkan keupayaan kognitif mereka apabila menggunakan otak bagi merancang dan menganalisis apakah bentuk sebenar gambar dalam permainan puzzle tersebut.
3.5       Aktiviti Luar. Terdapat pelbagai jenis aktiviti luar yang boleh dilakukan untuk merangsang pemikiran kanak-kanak. Melakukan aktiviti di kawasan peranginan bukan sahaja akan menarik minat kanak-kanak malah ia akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluaskankan lagi pandangan mereka terhadap segala apa yang ada di sekeliling mereka. Bahan-bahan yang digunakan membolehkan kanak-kanak akan
menggunakan daya kreatif mereka untuk mereka dalam menjayakan pelbagai aktiviti.
Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia mereka sendiri.
Mereka akan menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan ciptaan mereka sendiri secara bebas dan tidak terbatas. Mereka melakukannya berdasarkan idea masing-masing tanpa ada sekatan atau halangan dari pihak orang yang lebih dewasa. Aktiviti ini juga melibatkan daya pemikiran yang tinggi dalam proses menjayakannya. Aktiviti ini juga dapat memperkembangkan lagi daya imaginasi dan dapat meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.

TUGASAN 2
2c        Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas.

1.0 ABSTRAK.
1.1       Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan pelajar yang Dikategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus, juga memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka (Ng & Sandiyao, 2005). Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).
1.2       Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.
1.3       Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa.
1.4       Pintar Cerdas Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkanciri-ciri berikut:
l Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.
l Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yanglebih jika dibanding dengan rakan sebaya. Menetapkan matlamat yang tinggi untukpencapaiannya.
l Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasanyang mencabar.
l Kemahiran berbahasa, membaca danperbendaharaan kata yang luas.
l Kebolehan untuk memimpin.
l Mengambil berat dan menunjukkan empatiterhadap orang lain.

2.0       Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas.
2.1       Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tigajenis program:
l Pengasingan,
l Pemecutan (acceleration)
l Pengayaan
2.2       Pengasingan Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.
2.3       Pemecutan Satu cara ialah di mana kanak-kanak inidikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuksubjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan kekelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu merekabelajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada skala masa yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.
2.4       Penggayaan Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan kemuzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumatyang lebih mendalam tentang sesuatu topik dandilakukan oleh murid secara bersendirian.
2.4.1    Program dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan didedahkan kepada situasi menjadi pemimpin dan yang dipimpin dalam sesebuah organisasi. Hal ini dapat menyediakan kanak-kanak kepada menjadi anggota masyarakat yang baik ketika mereka dewasa kelak dimana mereka mungkin menjadi seorang ketua dan dalam masa yang sama menjadi pengikut bagi seseorang yang lain. Selain itu, ia juga mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran komunikasi yang berkesan di antara ahli kumpulan. Ketua akan memainkan peranan agar setiap daripada anak buahnya mendapat setiap pergerakan dan bunyi yang dilakukan dengan baik.
2.4.2    Program bersama keluarga. Elemen ini akan merapatkan dan menggalakkan interaksi dan kerjasama antara ibu bapa dan juga kanak-kanak tersebut. boleh dilakukan untuk menggalakkan sosial kanak-kanak dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak.  Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak serta merangsang minda mereka untuk mengecam bunyi atau aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.
2.4.3    Program sosial berhemah juga boleh merangsang minda kanak-kanak disamping
meningkatkan sosial kanak-kanak dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka.
2.4.4    Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentuk animasi dan hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yang mereka kagumi. Maka aktiviti berkaitan animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan hanyalan dan juga animasi yang mereka fikirkan. Aktiviti ini jua mendedahkan kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk berfungsi dalam satu kumpulan
yang besar. Ianya memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam pembawakan watak masing-masing. Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalam menjayakan sesuatu persembahan.
2.4.5    Aktiviti bahasa isyarat. Melalui aktiviti ini, dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang aktiviti main peranan. Aktiviti ini juga dapat menguji kreativiti kanak-kanak dalam mempersembahkan kefahaman mereka dalam sesuatu benda atau haiwan dalam bentuk bahasa isyarat. Mereka juga akan menyesuaikan setiap perlakuan yang dilakukan untuk menjamin kefahaman si peneka. Ianya juga memerlukan komunikasi dua hala yang berkesan.
2.4.6    Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga melukis sebagai cara mencapai kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Melukis juga untuk meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti
pancaindera.
2.4.7    Aktiviti renang. Kemahiran kanak-kanak yang paling asas perlu menguasai untuk belajar berenang adalah kemampuan untuk menahan nafas. Kemampuan untuk menahan nafas akan membantu kanak-kanak menjadi lebih selamat di dalam dan sekitar air dan mempersiapkan mereka untuk berenang di dasar yang memerlukan tempoh masa yang singkat yang akan dikeluarkan di bawah air. . Kajian menunjukkan banyak
faedah diperolehi daripada aktiviti berenang seperti kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa tindak balas), kuasa tumpuan (fokus), kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan diri, kebebasan dan boleh menangani situsi yang di luar jangka.

TUGASAN 2
2d        Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

1.0       Emosi
1.1       Menurut Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat (seperti sedih,  marah dan lain-lain). Oxford Advanced  Learners’ Dictionary (1995) pula menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis (kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan).
1.2       The Oxford Dictionary of Current  English  (1986)  pula  menyatakan  emosi  sebagai  perasaan  yang  kuat  dari  dalam terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut.
1.3       Menurut Daniel Golemen (2002:411) emosi merujuk pada suatu perasaan dan pikiran yang khas, iaitu suatu keadaan biologis dan psikologis dan serangkain kecenderungan untuk bertindak  dan  pada  dasarnya   juga  adalah  dorongan  untuk  bertindak.  Emosi  biasanya merupakan reaksi terhadap rangsangan dari luar dan dalam diri seseorang individu.
1.5       Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1992) pula, Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi,diri dan psikologi.
1.6       Emosi dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi yang tergolong dalam kategori emosi positif ialah seperti seronok, ghairah, bersemangat dan gembira. Manakala emosi yang negatif pula seperti marah, sedih, cemas, rasa bersalah dan sebagainya.
1.7       Perkembangan emosi ini akan berlaku kepada kanak-kanak secara dua peringkat iaitu peringkat emosi idea dan juga peringkat emosi pemikiran. Secara umumnya emosi idea ini menggambarkan bahawa ekspresi penyampaian emosi adalah berada di peringkat permulaan. Manusia menyampaikan emosinya secara tidak sedar dan ia keluar daripada naluri semula jadi bawah sedar. Seorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan tetapi tidak dapat menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasaan tersebut. Emosi yang disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal.

2.0       Sosial.
2.1       Perkembangan  sosial,  menurut  Syamsu  Yusuf  (2007)  adalah  merupakan  pencapaian kematangan dalam hubungan sosial, proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma- norma kelompok dan tradisi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama. Lewis,  1995  ;  Lewis  Books-  Gunn,  1979 mengatakan  perkembanagan  sosial  juga merupakan satu proses apabila anak-anak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh orang lain. Terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, penghargaan kendiri,  kawalan kendiri dan juga pembentukkan kendiri. Identiti sosial dan juga kefahaman kanak-kanak  yang  berkembang dalam dua peringkat iaitu kewudan kendiri dan kategori kendiri.
2.1       Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,  aktiviti bermain, perkembangan kongnisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.
2.2       Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianuti oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
2.3       Hubungan sosial individu dengan persekitaran dan juga  perkembangan  psikososial ini mampu membentuk personaliti manusia. Terdapat 8 peringkat  tahap perkembangan sosial.  Erik Erikson dan setiap peringkatnya pula, mengandungi kecenderungan  atau  keinginan  yang  berkonflik.  Oleh  itu,  setiap  individu  perlu  menguasai kecekapan tertentu dalam meghadapi setiap peringkat perkembangan.

3.0       Masalah dan strategi untuk menangani masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas.  3.1   kanak-kanak pintar cerdas selalunya mempunyai masalah dalam emosi iaitu mempunyai emosi yang tidak stabil.  Antara  strategi  yang biasa digunakan adalah sesi kaunseling bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi. Langkah dan cadangan akan diajukan bagi membolehkan kanak-kanak ini membuat pilihan akan cara  untuk menangani  masalah  yang  dihadapi  olehnya.  Melalui  cara  ini,  dapat  mengurangkan  masalah emosi yang dialami olehnya. Semasa memberi kaunseling, perlu perbanyakkan berkomunikasi dengan responden iaitu tanya masalah dan punca sebenar tercetusnya masalah emosi. Umumnya mereka mempunyai masalah emosi iaitu sukar untuk menerima sesuatu kegagalan dan mudah tertekan.
3.2       Berikan sokongan psikologi dengan   memberikan  kata-kata  semangat  dan  kata-kata  peransang  agar  mereka  dapat membentuk konsep diri  yang positif. Mereka perlu menerima kenyataan bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan dan  kelemahan, Tetapi setiap kelemahan boleh diimbangi dan diperbaiki. Kepercayaan negatif terhadap diri sendiri  atau  menyalahkan diri sendiri ini akan mencetuskan lebih banyak kekecewaan dan rasa tidak berupaya yang akan  melemahkan usaha seseorang untuk memperbaiki  sesuatu keadaan.

Kesimpulan
Perkembangan diri adalah merupakan aspek perubahan yang dialami oleh seseorang individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam   keadaan   yang   berterusan   dan   menerusi   peringkat-peringkat   kematangan   tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan akan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu dan biasanya dijangkakan. Perkembangan  biasanya  dipengaruhi  oleh  baka  dan  juga  persekitaran.  Baka  akan menentukan  had-had perkembangan manakala persekitaran pula akan membantu individu bagi mencapai tahap perkembangan yang maksimum.Perkembangan adalah merupkan satu bahagian yang saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di  mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.

Rujukan

Rogers K. B. (2008) Expert Approaches To Support Gifted Learners: Professional Perspectives, Best Practices Dan Positive Solutions. United State: Free Spirit Publishing.

Sousa D. (2003) How  The Gifted Brain Learns. London : Sage Publication Algozzine B. & Ysseldyke J. (2006) Teaching Students  With Gifts Dan Talents: Apractical Guide For Every Teacher. United State: Corwin Press.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligence. New York: Basic Books.

Gallahue, D.L. (1993), Development Physical Education for Today’s  Children. Madison, WI: Brown and Benchmark.

Goleman, D. (1995), Emotional Intelligence, New York: Bantam

George D. (2003) Gifted education Indentification and Provision. London : Fultion Publisher



Tiada ulasan:

Catat Ulasan