Khamis, 6 Jun 2013

PBS dan cara pengendaliannya



Izinkan saya mengupas seadanya tajuk berkaitan PBS dan cara pengendaliannya. Melalui pembacaan PBS dapat saya kupaskan sebagai elemen berkaitan:


  •     Penilaian berasaskan Sekolah (PBS) merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik.
  •     PBS bertujuan untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.
  •     PBS  menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang murni.
  •     PBS adalah pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (fizikal).
  •     PBS juga selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).
  •     Kompenan PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akedmik ialah pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat manakala bukan akademik ialah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik.
  •     pendidik dituntut menggunakan Dokumen Standard Kurikulum (elemen dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran) manakala Dokumen Standard Prestasi (rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.)
  •     PBS menilai semua subjek yang diajar di sekolah tidak kira bidang akademik atau bukan akademik. Semasa proses pembelajaran berlangsung, penilaian jenis formatif dijalankan untuk memperbaiki pembelajaran dilakukan oleh guru.
  •     Selepas akhir satu unit pembelajaran, pendidik memberikan lagi ujian sumatif untuk menilai sejauh mana murid telah menguasai apa yang telah dipelajari .
  •     Pendidik dituntuti merancang, membina, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor pentaksiran sekolah.
  •     Instrumen pentaksiran yang boleh dilakukan adalah seperti lembaran kerja, tugasan bertulis, pemerhatian, kuiz, senarai semak dan sebagainya.
  •     Eviden(bukti) PBS dikumpulkan dalam portfolio.
  •     PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara mencapai taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.


 Secara asasnya, peperiksaan adalah komponen yang penting yang memberi maklumat mengenai perkembangan, membantu guru menilai kaedah dan aktiviti yang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS) mula dilaksanakan pada tahun 2011 sebagai sebahagian Program Transformasi Pendidikan di sekolah rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan