Khamis, 6 Jun 2013

Ujian dan penilaian untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid




Salam sejahtera. Izinkan saya mengupas aspek utama yang sering menjadi tanda tanya apabila berlakunya suatu tranformasi. Ianya adalah elemen penilaian. Elemen ujian atau penilaian pencapaian sering digunakan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid. Susulan daripada itu, murid yang cerdas diberi pengayaan, manakala murid yang lemah diberi pemulihan.

KBSR direka bentuk berasaskan tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, bidang Manusia dan Alam Kelilingnya, dan bidang Perkembangan Diri Individu sebagai yang dicadang dalam Perakuan 57 (a), Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan seperti berikut. “Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid- murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu.

” Prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dari segi reka bentuk, organisasi pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum.

KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iaitu perkembangan individu secara menyeluruh; pendidikan yang sama untuk semua murid; pendekatan bersepadu; dan pendidikan seumur hidup.

Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan.
Pembelajaran dalam KSSR adalah bersifat interaktif, berkesan dan menarik ke arah pembelajaran berterusan. KSSR juga menyarankan agar hands-on-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. Belajar sambil bermain, melakukan inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KSSR.

Pada masa yang sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan