Khamis, 6 Jun 2013

Kesan pendidikan zaman penjajahan Inggeris ke atas kurikulum negara.

Salam sejahtera. Izinkan saya berkongsi pandangan berkaitan kesan pendidikan di zaman penjajahan Inggeris ke atas kurikulum dan pengajaran dalam pendidikan negara masa kini.
Melihat kepada sorotan sejarah pendidikan di negara kita, pastinya kita sedar bahawa pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat. Perkembangan pendidikan di Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam hala tuju dan falasafah pendidikan era sebelum merdeka dan zaman pasamerdeka. Antaranya:

    Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan mengikut dasar untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani.

    Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris bertujuan menyekat peluang orang Melayu untuk mengembangkan bakat mereka, memisahkan mereka daripada perkembangan sosio-ekonomi negara.

    Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam.

    Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza. 
 Akibat daripada ketidakseimbangan ini, pihak Inggeris telah membuat kajian. Rentetan daripada itu, beberapa laporan telah dirangka antaranya

  •     Laporan Barnes 1950,
  •     Laporan Fenn-Wu 1951
  •     Ordinan Pelajaran 1952 Laporan Razak 1956. Laporan ini telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan di negara kita.

Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing. 

Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957. Dilaksanakan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah. Elemen ini disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib dan dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.

Penambahbaikan telah dilakukan dalam kurikulum. Antara usaha telah dilaksanakan antaranya adalah:

  •     menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
  •     Kerajaan telah mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
  •     Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bagi semua.
  •     Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
  •     Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dgn menyediakan pendidikan yg menyeluruh, seimbang & bersepadu;
  •     Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
  •     Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dgn mengagihkan peruntukan secara adil & memberi perhatian khas kpd kumpulan yg kurang bernasib baik & kawasan luar bandar atau pedalaman.
Kesan pendidikan dan latihan terlihat dengan jelas di bawah  RANCANGAN MALAYSIA KE- 9. Antaranya:

  •     Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897 pada 2005.
  •     Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta pada 2005.
  •     Melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, mahir & terlatih.
  •     Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai moral dan etika yg kukuh.
  •     Membantu kepada pencapaian Dasar pembangunan Nasional (DPN) iaitu untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
    Bagi peluang pendidikan dan latihan kepada golongan berpendapatan rendah – tingkatkan pendapatan & mudah dapat kerja seterusnya menyumbangkan peningkatan agihan pendapatan.
    Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidikan tertiari awam dan swasta meningkat 731,698 pada 2005. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan