Khamis, 6 Jun 2013

Kepentingan pengintegrasian elemen TMK merentas kurikulum



Salam sejahtera. Berikut pula adalah huraian berkisarkan kepentingan pengintegrasian elemen TMK merentas kurikulm. Keperluan duniawi yang begitu pesat dalam bidang ICT, menuntut suatu format tanggungjawab pendidikan bagi menyediakan modal kepintaran kepada generasi muda untuk menghadapi globalisasi.

Murid diberi peluang mengaplikasi sumber TMK untuk menyokong pengetahuan serta mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah mereka kuasai dalam suasana yang menyeronokkan serta menggalakkan murid-murid untuk melayari khazanah ilmu.  

   Wujudnya TMK sebagai satu mata pelajaran yang menjurus kepada aspek belajar mengenai TMK. Ini membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran TMK bagi mengendalikan perkakasan dan perisian TMK. Murid diberi pengalaman dalam mengendalikan perkakasan dan menggunakan perisian aplikasi.

 Standard Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah

    penyataan khusus tentang apa yang murid harus capai dalam pengetahuan TMK, kemahiran dan nilai dalam tempoh persekolahan.
    berfungsi sebagai panduan kepada guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran berbantukan teknologi.
    Suasana pembelajaran ini dapat menyediakan banyak peluang kepada murid untuk memanfaatkan sumber TMK.
    penglibatan dalam pelbagai aktiviti yang mengandungi kemahiran teknologi yang relevan.

Akhirnya, murid-murid dapat menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan  maklumat secara kreatif dan inovatif. Mereka dapat:

    Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea yang sedia ada melalui cara yang unik dan baru.
    Merancang strategi untuk mengemukakan pengetahuan dan idea baru.
    Membangunkan pelbagai produk media yang asli untuk mengemukakan idea dan maklumat.
    Menggunakan kemunculan teknologi baru (emerging technology) untuk mengemukakan idea dan maklumat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan