Jumaat, 7 Jun 2013

Galakan kreativiti di kalangan kanak-kanak.



 
Izinkan saya fokus perbincangan ini dengan memaparkan cara-cara bagi kita sebagai khalifah untuk menggalakkan kreativiti di kalangan anak-anak. Sekolah dan rumah adalah dua tempat paling penting yang boleh membantu, sama ada untuk menggalakkan atau membantutkan kreativiti kanak-kanak. malangnya sering kali, orang dewasa secara tidak disedari membantutkan kreativiti kanak-kanak.

Antara perkara yang dikirakan wajar untuk diamalkan adalah: 

  • Buat penilaian yang membina
  • Penilaian ibu bapa atau guru kerap mengelirukan kanak-kanak.
  • Acapkali ibu bapa mengkritik lukisan anak atau memuji semata-mata untuk memberi galakan, si anak akan mula menghasilkan lukisan sebagai percubaan untuk menggembirakan ibu bapa. Lukisannya bukan lagi merupakan ekspresi kreativiti. Ia menjadi alat untuk mendapatkan pujian.
  • Sebaliknya, teguran negatif yang terlalu kerap boleh menyebabkannya berhenti melukis sekaligus.
  • Ubah sikap enggan lepaskan anak berdikari dan meneroka.
  • Ada ibu bapa yang terlalu mengawal, menekan, atau mengongkong anak-anak mereka
  • Ruang wajar diberikan kepada anak-anak untuk memupuk kreativiti atau ruang untuk mereka menyelesaikan persoalan dan/atau masalah mereka sendiri.
  • Teladan yang memberangsangkan.
  • Orang dewasa adalah teladan dan role-model kepada pembentukan sahsiah kanak-kanak.Maka tunjukkan sikap yang bermotivasi dan hemah tinggi.
  • Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan minat dalam idea objek atau inovatif dan pengalaman baru.
  • Kanak-kanak tidak dapat meneroka dunia yang penuh idea dan pemikiran kreatif dari awal lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan