Saya amat bersetuju dengan pandangan para ilmiah bahawa di mana hasil
kerja seseorang kanak-kanak itu tidak semesti kemas .Hal ini adalah kerana
- dunia kanak-kanak adalah lebih kepada imaginasi atau khayalan.
- kanak-kanak melukis berdasarkan perasaan,pandangan dan fahaman mereka tentang sesuatu perkara serta mengikut kreativiti sendiri terutamanya kanak-kanak yang dibawah umur kerana mereka belum tahu menilai erti cantik dan kemas .
- aktiviti seni yang diadakan dapat memberi ruang kepada mereka untuk menunjukkan daya kreativiti.
- bagi kanak-kanak yang amat meminati seni,sudah tentunya akan tertunggu-tunggu tarikh dan masa pelajaran ini dilaksanakan.
- pendedahan dan penglibatan dalam pelbagai jenis pengalaman amat penting untuk kanak-kanak dalam melahirkan idea..Mereka belajar melalui pembelajaran sendiri yang memberi lebih kepuasan serta pengalaman yang tersendiri. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti kanak-kanak.
- hasil seni yang dihasilkan oleh kanak-kanak adalah tersendiri.Walaupun lukisan mereka mungkin tidak tepat atau logik dalam pandangan orang dewasa , tetapi dalam dunia kanak-kanak mereka hanya menghasilkan lukisan itu untuk meluahkan perasaan mereka .
Kesimpulannya,hasil kerja seseorang kanak-kanak itu tidak
semestinya cantik atau kemas akan tetapi adalah usaha untuk melahirkan idea dan
mengembangkan kreativiti mereka.Walau bagaimanapun kanak-kanak memerlukan
tunjuk ajar daripada guru atau individu yang berpendidikan.
Jika kita sentiasa memaksa mereka untuk menghasilkan hasil karya yang
kemas dan cantik, ini mungkin akan menyekat perkembangan idea mereka hingga
menyebabkan kreativiti dan imaginasi mereka terhalang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan