Jumaat, 7 Jun 2013

Seni lukis adalah alat komunikasi dan refleksi pemikiran kanak-kanak.



Melalui pembacaan, izinkan saya  menyatakan seni lukis adalah

  • melibatkan skema atau skemata dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. 
  • hasil kerja seni yang dihasilkan dapat menjadi alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.
Saya memang setuju dengan penjelasan semua pihak, di mana hasil kerja seni kanak-kanak tidak semestinya cantik. Ini adalah kerana

  • aktiviti melukis mempunyai peranannya sendiri. Salah satu peranan adalah  dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
  • seni juga menganjurkan peluang kepada pelajar untuk saling hormat- menghormati dan menjadi landasan untuk semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Lukisan merupakan satu perlambangan grafik awal bagi kanak-kanak terhadap apa yang mereka perhatikan dalam kehidupan harian kita sama iaitu hasil kerja seni kanak-kanak tidak semestinya cantik dan kemas. Guru perlu peka terhadap kesan daripada aktiviti seni kanak-kanak kerana hasil seni yang dibina menggambarkan konsep diri kanak-kanak terhadap keseluruhan perkembangan personaliti mereka.


Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi kepada Aspek Kognitif,Aspek Fizikal, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta Aspek Sosial dan Emosi.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak- kanak.

Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh 
pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas.
Aktiviti dan projek di dalam pendidikan senilukis mengutamakan proses, berbanding dengan hasil akhir. Guru perlu menguasai lapan proses melukis. Setiap proses haruslah dirancang dan dilaksanakan secara teliti agar kanak-kanak dapat melukis dengan cantik dan kemas.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan