Jumaat, 7 Jun 2013

Kanak-anak kreatif berpotensi sebagai murid pintar.



Saya rasakan setuju atas fakta bahawa kanak-kanak kreatif adalah kanak-kanak yang pintar.
Izinkan saya menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang penting dari sudut emosi dan sosialnya yang menyokong ciri-ciri kanak-kanak yang kreatif adalah pintar. Antara ciri-cirinya adalah

  • Umumnya kanak-kanak kreatif mampu menyatakan punca, sebab dan dapat berfikir dengan jelas mengenali perkaitan dan memahami makna terhadap pertuturan yang diujarkan..
  • Individu cilik ini juga mempunyai sifat kelakar secara spontan dengan kesantunan bahasa yang harmoni.
  • Biasanya kanak-kanak kreatif ini boleh mengaplikasikan alat-alat tangan dengan sesuai, mengujar bahasa dengan perkataan dan idea dengan cara yang baru dengan ungkapan yang segar .
  • Kanak-kanak kreatig ini secara jelas mampu mempelajari sesuatu perkara dengan cepat dan dengan keadah yang mudah.
  • Kanak-kanak ini mempunyai tahap imaginasi yang tinggi serta tersendiri. Mereka  kurang berkeinginan mengikut idea orang lain yang lambat, merumitkan dan terdapat unsur agenda songsang.
  • Kanan-kanak ini dilihat mampu berkonsentrasi yang lama dalam satu-satu bahan yang berkesinambungan dengan hala tuju dan keperluan mereka.
  • Kanak-kanak ini umumnya menyatakan keinginan dan mampu menghasilkan hasil maujud atau pencapai yang bertaraf kesempurnaan.
  • Kanak-kanak ini secara luarannya berwatak ketokohan yang tersendiri dan memfokuskan ciri kepimpinan tertentu.
  • Kanak-kanak kreatif sering menjuruskan pertanyaan dan acapkali meminta pendapat serta idea orang lain berkaitan bidang serta bakatnya. Ada sebilangannya jua mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dengan mengutarakan kepelbagaian  soalan. Mereka juga berminat mengetahui pelbagai hal dan memperdebatkannya.
  • Kanak-kanak kreatif adalah pendengar dan pemerhati dengan peka dan empati dengan unsur dan makhlun di persekitarannya.             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan