Khamis, 6 Jun 2013

pengajaran dapat menjana pemikiran kreatif murid-murid.



Salam sejahtera. Izinkan saya mengupas rujukan kepada 3 (TIGA) mata pelajaran tertentu, jelaskan bagaimana pengajaran dapat menjana pemikiran kreatif murid-murid.Melalui pembacaan, saya dapat mengetahui bahawa pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai operasi berfikir yang asas untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru, estetik dan membina.

Umumnya tercipta empat ciri utama pemikiran kreatif iaitu

    keberanian,
    imaginatif,
    perkembangan idea
    dan reka cipta.

Elemen kejayaan dalam pemikiran kreatif memerlukan aspek

    keberanian untuk menjana idea yang kepelbagaian
    pemikir yang kreatif harus sentiasa berfikiran terbuka
    memerlukan imaginasi yang mencapah
    dapat menyediakan pelbagai alternatif yang baru.

Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR), kepelbagaian bidang pengajaran dimurnikan dalam sukatan pembelajaran secara langsung menjana pemikiran kreatif murid. Secara jelasnya mata pelajaran KHSR memaparkan:

    Aktiviti”hand on” dapat menjayakan perkembangan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif secara terkawal.
    Menyediakan ruang dan peluang bagi semua murid mengenal pasti, mengamalkan langkah kerja, menyediakan penstrukturan projek secara terancang, menghubungkait bentuk dengan fungsi.
    Wujud jua tuntutan memurnikan pemikiran kreatif dengan terlihat kecekapan atau keupayaan menggunakan minda, di mana murid berusaha untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea, atau keperluan.

Bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia adalah di antara ruang menjana pengajaran kreatif. Aktiviti pengajaran berpusatkan murid adalah tuntutan mendidik secara kreatif dan inovatif.  Teknik pengajaran yang mampu digunakan adalah aktiviti main peranan, sunbang saran, teater mambaca, teater bercerita, lakonan, lakonan arca, drama senyap dan permainan bahasa.Elemen kreativiti yang boleh diterapkan dalam bentuk lisan, bacaan atau tulisan.

Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual diperkenalkan, pelbagai kaedah dan strategi pengajaran telah diperkenalkan bagi memupuk pemikiran kreatif murid. Sebenarnya banyak pintu-pintu lain yang boleh kita menerokai untuk pengajaran pendidikan seni visual agar ia mencakupi bidang-bidang seni dengan menekankan kehebatan ekspresi emosi dalam penghasilan pendidikan seni visual..

Marvin Bartel (1999), "In an art class the purpose should be to teach children to express their individual creativity through a visual language. In doing this, good teaching choices are to immerse the students in experience of the subject. This can be through asking them to express what they already know, using multisensory subject matter that can be observed, or placing students in the context/setting of an experience".  Begitulah seperti diperkatakan bawa tujuan utama dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual ialah untuk meluahkan daya kreativiti dan memupuk daya emosi melalui penggunaan pelbagai deria dan rangsangan.
Pelbagai idea dan cara untuk menentukan kualiti penghasilan seni melalui pelbagai kaedah gaya pembelajaran. Satu kaedah yang amat berkesan dalam amalan pendidikan seni visual ialah memperkenalkan kaedah pemikiran kreatif dan inspirasi. Pelajar yang sentiasa dengan amalan pemikiran kritis dan menguasai inspirasi yang tinggi membuahkan suatu dapatan yang amat baik dalam penghasilan seni. Antara aktiviti mampu mencetuskan idea dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan seni visual adalah:

    1.     Media Seni sebagai alat penerokaan
    2.     Pengalaman diri
    3.     Berdasarkan soalan-soalan seni yang dikemukakan
    4.     Berdasarkan keperluan pengguna
    5.     Keperluan aspek seni itu sendiri
    6.     Alam sekitar yang mempengaruhi idea
    7.     Berdasarkan budaya dan kebudayaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan