Khamis, 6 Jun 2013

justifikasi elemen TMK



Izikan saya membuat kupasan seadanya berkaitan justifikasi elemen TMK. Dalam KSSR, penggunaan internet untuk mengases maklumat dan ilmu pengetahuan adalah salah satu cara yang biasa diambil untuk melaksanakan EMK di bawah pendekatan belajar melalui TMK.

TMK merupakan salah satu skop ilmu yang diperlukan bagi pendidik. Seorang pendidik perlu

    sentiasa peka dengan perkembangan teknologi
    mengaplikasikannya ke dalam proses pendidikan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan

    salah satu elemen baru yang terdapat dalam EMK.
    teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer,  peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapat semula, menukar dan melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa.
    Pengintergrasian kemahiran TMK murid dapat  diikuasai dengan berkesan dan dipertingkatkan..Secara tidak lansung akan menggalakan pemikiran kreatif dan kritis serta inovasi ke  arah melengkapkan mereka degan kemahiran dan keuapayaan terkini yang diperlukan oleh Negara berpendapatan tinggi.

 Elemen TMK diaplikasikan dan diintergrasikan supaya murid  dapat

    belajar mengenai perkakasan dan perisian.
    menggunakan alat untuk mengajar dan belajar.
    mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media TMK
    mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan
    menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

Melalui pengintergrasian TMK dalam disiplin ilmu mengikut kesesuaian topik  adalah

    untuk menggalakkan P&P yang dapat  menimbulkan keseronokan  dan menarik  minat murid untuk belajar.serta
    dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis serta  inovasi
    melahirkan masyarakat yang sintifik dan progresif.

Usaha jua wujud membangunkan modal insan. Antara  yang dipaparkan adalah celik ICT.  Pengintergrasian TMK dalam mata pelajaran akan

    menyediakan murid-murid ke arah individu yang berkemahiran, dan berketrampilan
    melengkapkan mereka dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills.
    memenuhi keperluan masyarakat agar komunikasi menjadi lebih cepat, cekap dan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan