Jumaat, 7 Jun 2013

Murid kreatif adalah kanak-kanak yang pintar.



Salam sejahtera. Izinkan saya menyatakan rasa setuju saya dengan kenyataan bahawa kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pintar.
Sokongan terhadap ulasan saya yang pertama adalah berdasarkan  Teori Six Thinking Hats. Teori ini menjelaskan bahawa

  • emosi sangat penting dalam proses berfikir.
  • seseorang yang kreatif perlu pandai mengurus emosi.
  • mereka yang pandai mengawal emosi adalah mereka yang kreatif kerana sukar untuk kita mempelajari kemahiran ini.

Secara peribadi saya beranggapan bahawa kreativiti ialah ukuran keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang baru dengan menyumbangkan hasil yang baik kepada komunitinya.

Sementara Kamus Dewan (1993) pula menjelaskan maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Umumnya, kanak-kanak memiliki sifat-sifat yang kreatif dalam jiwa masing-masing. Elemen yang membezaannya hanya lebih atau kurangnya sifat tersebut dari seseorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain.

Torrance (1970) menyatakan kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.
Menurut Schirmacher (1998), perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dikategori kepada dua, iaitu

  • menerusi aktiviti seni dan
  • aktiviti harian mengikut umur. 
Kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat. Mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan kurang mengikut idea orang lain. Mereka enggan dipimpin secara kongkongan tetapi dipimpin dalam bentuk sokongan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan