Rabu, 5 Jun 2013

Perbandingan Kurikulum Mengikut era.



 (Perbandingan Kurikulum Mengikut Era)


1.         Disiplin/mata pelajaran yang dipilih.

a. Nama disiplin/mata pelajaran  : Matematik
b. Tahun                                       : Dua


2. Perbandingan disiplin/mata pelajaran mengikut  era KLSR, KBSR dan KSSR

DIMENSI HORIZONZAL

a. Skop/liputan

KLSR:
Ditinjau cakupan bagi mata pelajaran Matematik Tahun 2, ianya memaparkan sukatan pelajaran yang melipiti kemahiran asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Kemahiran asas harian juga dilaksanakan iaitu merangkumi kemahiran asas pecahan, pengunaan wang, masa dan waktu , ukuran panjang, timbangan berat, isipadu cecair. Kemahiran ini diharapkan dapat mengukuhkan asas pembelajaran murid.

KBSR: 
KBSR dilaksanakan pada 1983 yang memaparkan ketegaskan matlamat mengembangkan kebolehan murid secara menyeluruh dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). KBSR juga menekankan perlunya memberi perhatian terhadap perbezaan diri murid kerana setiap murid berbeza di antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, amalan tingkah laku kecenderungan, bakat dan kebolehan.
KBSR menitikberatkan beberapa prinsip pedagogi seperti dalam aspek pemulihan, pengayaan, penilaian, penggabungjalinan dan penyerapan. Ini adalah untuk memenuhi keperluan-keperluan individu pelajar yang berbeza.
Sukatan pelajaran matematik tahun dua, ianya meliputi  penguasaan nombor bulat hingga 1000. Elemen ini diharapkan membolehkan murid menguasai kemahiran tambah, tolak, darab, bahagi, dan penguasaan asas pecahan, masa dan waktu, timbangan berat, ukuran panjang, isipadu cacair, ruang dan analisa data.

Antara prinsip-prinsip pedagogi baru yang diperkenalkan dalam KBSR yang paling penting dari pengurusan bilik darjah ialah pemulihan. sukatan pelajaran diperkenalkan sebagai satu set panduan kepada guru-guru menyampaikan isi kandungan dengan menggunakan kaedah ditetapkan dengan tujuan untuk mencapai aspek yang ditetapkan. Setiap sukatan pelajaran mempunyai perbezaan dan persamaan yang telah digarispandukan kepada guru.


KSSR: 
KSSR membawa beberapa perubahan istilah iaitu daripada sukatan pelajaran menjadi standard pembelajaran. Bagi pembelajarn matematik tahun dua, memaparkan beberapa bidang pembelajaran. Iaitu nombor dan operasi mencakupi kemahiran nombor bulat hingga 1000, tambah dalam lingkungan 1000, tolak dalam lingkungan 1000, darab, bahagi, pecahan, perpuluhan dan wang  hingga RM 100.
Bidang sukatan dan geometri pula mencakupi kemahiran masa dan waktu, ukuran panjang, jisim, isipadu cecair dan ruang.

                                                                                                             (3 markah)

b. Kesepaduan/integrasi

KLSR:
Kesepaduan dan integreasi dirasakan wujud dalam suatu jangkaan yang lebih menjurus kepada keperluan bahasa ibunda pelajar. Pembelajaran menekankan penguasaan kemahiran. Penguasaan ini pula akan diuji melalui sistem peperiksaan berdasarkan tajuk atau topik yang dipelajari. Kefahaman murid yang selesa dalam mengunakan bahasa ibunda masing-masing, menjadikan pembelajaran matematik tahun dua kurang terhalang dan mampu dijayakan.

KBSR:
KBSR  memaparkan suatu konsep pembelajaran berpusatkan murid mempamerkan bahawa murid-murid perlu memperoleh pengetahuan , menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung.
Bagi mata pelajaran matematik tahun 2, memaparkan isi kandungan mata pelajaran akan digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain  dan juga beberapa kemahiran. Sistem KBSR  amat menyarankan agar warga pendidik mengajar mengikut pelbagai  tahap kebolehan murid. Maka semua murid berpeluang mengecapi pendidikan sama.Sukatan pelajaran yang digalurkan dalam KBSR adalah lebih seimbang dan tidak  terlalu padat, tidak membebankan dan lebih berorientasikan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohain dan intelektual. Maka anak-anak didik merasakan keharmonian dalam menjalani system pembelajaran seharian.
KSSR:
KSSR dimurnikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular  iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained).
Bagi mata pelajaran matematik tahun 2, ianya dijayakan dalam bahasa ibunda yang memaparkan suatu kesepaduan nilai-nilai murni dalam melengkapi ilmu dan kemahiran asas matematik.
 
                                                                                                 (3markah)

c. Imbangan

KLSR:
Elemen penguasaan asas kemahiran amat terserlah dalam KLSR. Murid diasuh dalam kemahiran menulis secara mekanis pada tahap yang tersusun dan membanggakan. Hafalan penguasaan sifir serta operasi conggakan diberikan latih tubi yang berkesan. Selepas mempelajari sesuatu topik, kemahiran asas matematik akan diuji selaras dengan batasan keperluan kehidupan harian.
KBSR: 
Penglibatan murid juga lebih dilihat secara aktif , ceria dan progresif  menjadi matlamat KBSR. KBSR lebih memberi penekanan mewujudkan kemahiran dikuasai secara kuantitatif. Wujud pengabungjalinan antara kemahiran dan mata pelajaran.
 Dalam sistem KBSR, penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.
Dalam pengajaran matematik tahun 2, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Bahasa Melayu, kajian Tempatan dan lain-lain.

KSSR:
KSSR memaparkan kesinambungan dalam mewujudkan 5 fokus elemen keusahawanan. Elemen ini adalah nilai moral dan etika keusahawanan, fomulasi pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional, pengetahuaan dan kemahiran keusahawanan, dan pemikiran keusahawan. Elemen keushawanan ini amat dituntut dan diberikan keutamaan dalam proses membentuk sahsiah, cara berfikir, adaptasi memperolehi kemahiran dan ilmu keusahawanan.

(3 markah)





DIMENSI VERTIKAL

Urutan/sekuen

KLSR:
Penguasaan kemahiran asas 3M menjadi agenda utama kurikulum sekolah rendah. Kemahiran ini melibatkan penguasaan mambaca, menulis dan mengira secara mekanis yang diperkukuhkan sebagai suatu elemen ukuran asas pencapaian pelajar. Penguasaan mata pelajaran matematik juga mencakupi elemen penulisan ayat matematik berdasarkan pengetahuan sedia ada murid, pertuturan dan pendengaran. Kebolehan murid juga diukur apabila berjaya mengaplikasi operasi asas matematik dalam menyelesaikan masalah harian.

KBSR
Sukatan pelajaran KBSR disusun secara teratur mengikut kelompok pembelajaran secara topikal yang akan dilaksanakan mengikut jangkamasa yang ditetapkan. Pembelajaran disusun mengikut kebolehan murid daripada elemen konkrit kepada nyata, dari aras mudah kepada rasa yang lebih mencabar dan dari pemahaman yang kompleks kepada yang mudah difahami.

KSSR:
KSSR memberi ruang dan peluang bagi murid-murid sekolah rendah memahami dan menghayati serta mengaplikasikan konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai sudut ilmu. Murid juga diberi peluang agar dapat memperkukukkan lagi kemahiran bidang matematik. Bagi mata pelajaran matematik, matlamat utama KSSR adalah untuk membina pmahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas pengiraan, memahami idea matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.

(3 markah)

Kesinambungan/kontinuiti

KLSR
KLSR merupakan suatu detik permulaan yang memaparkan dasar kerajaan yang menentingkan pendidikan bagi penduduk. Pelbagi usaha digalurkan dan usaha telah dirancang bagi mencapai keseimbangan dalam pendidikan.Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah  isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.  Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.  Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan.  Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain.
Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.

KBSR:

Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah suatu cermin pembelajaran yang lebih berpusatkan kanak – kanak. Ini bermakna kaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan mengira. Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya. Perubahan jua dilakukan dalam KSSR dengan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan. Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah manakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran  - kemahiran pembelajaran. Sistem baru menekankan  komponen nilai – nilai murni

KSSR

Seperti yang kita sedia maklum pelbagai fasa perubahan dilakukan sebagai
 usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada 
bagi memastikan murid-murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang  releven. KSSR juga untuk memenuhi kehendak dan keperluan semasa serta berdaya saing menghadapi cabaran abad ke-21.
Bermula era KLSR ke era KBSR dan kini diperkenalkan pula kurikulum baru yang dikenali sebagai kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).  KSSR ini bukanlah menggantikan kurikulum  lama tetapi beriringan dengan KBSR. Pelaksanaan KSSR yang bermula pada tahun 2011 ini dengan penambahan  mata pelajaran baru  atau istilah baru sebagai disiplin ilmu  baru menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Sejajar dengan pembaharuan yang dilakukan maka terdapatlah beberapa perbezaan yang dikenalpasti.
markah)




3.         Pandangan/ulasan dan cadangan berkaitan disiplin/mata pelajaran yang dipilih.

a.     Pandangan/Ulasan:

Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR amat releven. Ianya terbahagi kepada tiga iaitu dokumen standard, modul pengajaran dan modul pembelajaran. Dokumen standard ialah bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajarandan pembelajaran. Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancanganpengajaran mereka. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah elemen utamayang terdapat dalam dokumen standard. Standard kandungan adalah kenyataan umum tentang domain kognitif (pengetahuan)dan efektif (sikap dan nilai) yang boleh dicapai oleh murid. Standard pembelajaran pula ialah kenyataan khusus kepada murid agar mereka tahu dan boleh melakukan dari segi konsep dan pengetahuan. Keupayaan melakukan sesuatu membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bentuk yang bolehdiukur. Bagi mata pelajaran Matematik , guru membimbing pelajar dalam menamakan dan menentukan nilai dalam topik Nombor Bulat 0 hingga 100 yang merupakan standard kandungan bagi topik ini. Manakala standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar ialah dapat menamakan nombor hingga 100.
Penyediaan modul KSSR adalah sebagai suatu bahan pengajaran yang lengkap dengan isi pelajaran khas yang telah dirancang dan merangkumi soalan-soalansama ada objektif atau subjektif bagi menguji tahap pemahaman pelajar supaya merekadapat mencapai kemahiran-kemahiran tertentu yang dikehendaki. Modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran manakala modul pembelajaran pula digunakan oleh murid untuk mengukuhkanlagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.
Dokumen kurikulum KSSR menjelaskan pelbagai perkembangan pembelajaran. Ianya  terdiri daripada bahan kurikulum dan juga bahan sokongan.Bahan kurikulum adalah dokumen standard yang digunakan dalam pengajaran danpembelajaran. Setiap subjek yang ditawarkan dalam KSSR kini terlihat lebih mempunyai dokumen standard yang khusus.

(2 markah)

b.     Cadangan :

Pendidikan juga adalah suatu proses menerima dan menyebar maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan beribadah kepada Tuhan (Allah s.w.t.).

Maka penamabahbaikan dari masa ke semasa perlu dilakukan ke atas modul yang kini berfungsi sebagai unit atau bahagian tersendiri yang lengkap dengan komponen yang melaksanakan fungsi tertentu dandapat dirangkaian dengan unit-unit lain di dalam sesuatu yang lebih besar. Selain itu, moduljuga perlu dimurnikan agar ianya lebih merupakan kursus pengajaran (latihan dan seumpamanya) yang dapat dilaksanakansecara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran.


                                                       (3 markah)

Rujukan:

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dokumen Standard Prestasi: Matematik Tahun 2. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perkembangan Kurikulum 2010. KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan