Khamis, 6 Jun 2013

definisi taksa bahasa.



Salam sejahtera, Syabas atas kesungguhan cikgu. Izinkan saya memurnikan ruang ini sebaiknya. Melalui pembacaan,  saya dapati Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan taksa ialah
•sesuatu yang mempunyai makna yang kabur,
•menyangsikan,
•meragukan,
•boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran.

Secara ringkasnya Darwas Harahap, 1994: 41 telah menyatakan bahawa taksa ialah ayat ayat yang tidak pasti maknanya.

Saya rasakan bahawa ayat yang mampu menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.
Secara peribadi saya selesa menjelaskan ketaksaan dalam bahasa boleh terjadi dalam dua peringkat iaitu pada peringkat leksikal (perkataan) dan peringkat ayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan