Jumaat, 7 Jun 2013

Seni dan sumbangannya kepada kreativiti kanak-kanak.


Hasil pembacaan, saya dapati berpendapat bahawa proses menghasilkan kerja seni adalah  jauh lebih penting daripada hasilnya. Ini adalah kerana wujudnya sumbangan seni kepada perkembangan murid. Antara adalah :

Seni membina daya penguasaan kendiri (SelfEsteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Maka aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Seni sebagai suatu medium komunikasi.Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
seni sebagai cara mencapai kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya dan erfelaksi kanak-kanak.

Secara jelasnya seni merupakan satu proses dan manifestasi kepada

  • ekspresi diri,
  • penilaian yang menentukan elemen-elemen di dalam hasil seni,
  • menyampaikan idea, emosi, perasaan dan kepercayaan dalam bentuk yang paling efektif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan